
Sulit
4 tahun
Mengalami masalah overthinking
Saya berumur least 20an…sy mengalami masalah overthinking sudah lama…tetapi sejak kebelakangan ini masalah ini kadang2 menganggu kehidupan normal saya…saya selalu berfikiran negative dan terlalu berfikir kejadian/kemungkinan yang bakal terjadi atas setiap keputusan/tindakan yg saya ambil sehingga saya hilang keyakinan diri…selain tu, saya perasan saya tak boleh baca news2 yg boleh menyebabkan diri saya dlm ketakutan…bila saya terlalu berfikir saya akan mengalami ketat di dada seperti tak cukup nafas…berapa Hari lepas saya ada membaca berapa artikel mengenai penyakit2 berbahaya seperti kanser dan sebagainya…slps membaca saya rasa takut dan sy boleh berimaginasi seolah2 penyakit tu berada dlm diri…yg saya pelik sy baca artikel yg berlainan dan setiap kali membaca saya akan rasa seolah2 penyakit yg saya baca tu ada dlm diri saya dan kadang2 membuatkan saya susah utk tidur sebab terfikirkan penyakit tersebut… kadang2 keadaan ini membuatkan saya rasa penat…saya ingin memgetahui ada tips/cara utk mengurangkan masalah ini kerana saya jugak seorang pesakit asthma… kdg2 sy keliru saya diserang asma atau bukan

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih kerana menghubungi kami.
Kami faham masalah yang anda alami. Berdasarkan soalan dan kenyataan anda, sukar untuk kami katakan sama ada anda mempunyai masalah mental ataupun tidak berikutan lebih banyak maklumat diperlukan dan anda perlu membuat pemeriksaan bersama dengan doktor.
Terdapat beberapa punca yang menyebabkan anda mempunyai masalah sedemikiann:
- Psikologi:
- Trauma dengan masa lalu
- Kemurungan (depression)
- Keresahan (anxiety)
- Masalah personaliti
- Penyakit bipolar
- Rehat yang tidak mencukupi
- Perubatan:
- Masalah tiroid
Dapatkan rehat yang anda perlukan dengan tidur yang berkualiti.
Ia juga boleh disebabkan oleh perkara lain yang tidak kami sebutkan di atas. Pemeriksaan lanjut oleh doktor adalah diperlukan supaya punca masalah anda dapat diketahui dan rawatan dan bantuan dapat diberikan kepada anda.
Pada masa ini, anda boleh lakukan beberapa perkara berikut:
- Menceritakan masalah anda kepada orang yang anda percaya
- Melakukan aktiviti yang boleh mengalihkan perhatian anda daripada berfikiran negatif
- Mengamalkan gaya hidup sihat
- Mendapatkan rehat yang cukup
Sekiranya perkara ini berlarutan dan ia mengganggu aktiviti dan kesihatan mental anda, kami sarankan anda untuk berjumpa dengan doktor.
Ini hanyalah keterangan kami secara am mengenai masalah yang anda alami. Jika anda mempunyai soalan lanjut, sila hubungi kami di (DoctorOnCall) untuk mendapatkan khidmat nasihat daripada doktor kami mengenai masalah yang anda alami. Terima kasih.