
Sulit
4 tahun
Mengalami masalah sakit perut yang berpanjangan, saya pernah overdose paracetamol dan panadol sebanyak 4 kali, saya juga pernah makan ubat namanya Myonal sebanyak 9 biji sekaligus
Saya seorang perempuan berumur 17 tahun. Baru-baru ini saya mengalami sakit perut yang berpanjangan. Kalau saya makan atau minum perut saya tetap akan sakit masa telan tu. Saya ada jugak cirit birit tapi lepastu perut saya tetap sakit. Sebenarnya saya pernah overdose 4 kali. So sakit perut saya ni berpunca daripada overdose tu ke doktor? Kadang-kadang saya sakit seluruh perut. Kadang-kadang tu sakit bahagian kiri sahaja.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Hai! Selamat sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada pihak kami.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor.
Kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang anda hadapi iaitu sakit perut. Berdasarkan penerangan anda, memandangkan anda ada sejarah overdose ubat, berkemungkinan ia menjadi salah satu punca kepada masalah sakit perut anda tetapi evaluasi/ pemeriksaan lebih lanjut oleh doktor perlu dilakukan. Hal ini kerana terdapat banyak penyebab sakit perut, antaranya ialah:
- Ketumbuhan ulser pada perut yang boleh disebabkan oleh iritasi asid yang berlebihan, serta jangkitan kuman, khususnya Helicobacter Pylori .
- Masalah gastrik anda atau keradangan perut yang tidak terkawal.
- Keradangan apendik
- Jangkitan virus pada perut ( Viral gastroenteritis )
- Keradangan usus
- Usus tersumbat
- Kanser perut, terutama sekali jika anda mengalami keletihan atau penurunan badan yang mendadak. Anda juga akan rasa seperti terdapat ketulan keras pada bahagian perut.
- Kista ovary
- Kandungan luar rahim
- Keradangan pelvik
Oleh itu, maklumat lebih lanjut diperlukan bagi mengenalpasti punca sebenar masalah yang aanda hadapi.
Jika anda mempunyai keraguan, kami nasihatkan anda untuk berjumpa dengan doktor untuk mendapatkan kesimpulan yang lebih tepat. Anda juga boleh klik link ( DoctorOnCall ) untuk berhubung dengan doktor pakar kami secara peribadi. Terima kasih