Sulit
4 tahun
Mengalami Panic attack
Suami sy mengalami panic attack hampir 3 tahun dan skrg masih mengambil ubat dan membuat check up dgn doc pakar di hospital kerajaan,soalan sy blh kah suami sy mengambil vaksin c19? Tq
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih kerana menghubungi kami.
Kami memahami kebimbangan mengenai kondisi suami anda yang memiliki masalah Panic Attack dan adakah beliau boleh menerima vaksin COVID-19. Kami akan cuba membantu anda.
Untuk makluman anda, berdasarkan informasi terkini, sekiranya individu memiliki masalah Panik Attack, pengambilan vaksin masih boleh dipertimbangkan. Anda perlu menyatakan maklumat kesihatan anda semasa mendaftar vaksin COVID-19.
Oleh itu, adalah lebih baik anda mendapatkan kepastian selanjutnya dari doktor atau doktor pakar mengenai masalah ini. Anda juga boleh menghubungi Pusat Kesiapsiagaan dan Respons Krisis (CPRC). Selain daripada itu, teruskan rutin kerap melakukan kebersihan tangan dengan baik, amalkan penjarakan sosial/fizikal, memakai pelitup muka di luar rumah dan patuhi SOP pandemik yang lain.
Talian CPRC:
0388810200
+60178429454
[email protected]
Anda amat disarankan untuk menghubungi doktor kami secara atas talian bagi mendapatkan penerangan lebih lanjut mengenai masalah yang anda alami.
Kami berharap penerangan ini dapat membantu anda.
Terima kasih
Sila klik di sini untuk bercakap dengan doktor .

Sila layari https://covid-19.moh.gov.my/ untuk maklumat terkini dan garis panduan tentang COVID-19 dan Vaksinasi COVID-19
Untuk Membuat Janji Temu Vaksinasi COVID-19 Di Klinik Swasta, Klik Di Sini
Untuk Menempah Ujian PCR/Ujian RTK COVID-19, Klik Di Sini
























