
yaryonghwa95
5 tahun
Mengalami perdarahan semasa hamil 6-7 minggu
Hi. Saya berusia 24tahun dan pregnant around 6-7 weeks now. On 20th Sept lepas sy start ada bleeding (red blood colour) and the amount of blood almost the same macam period. Saya tak mengalami apaapa sakit di bahagian perut dan juga tiada kelihatan ketul2 keluar dengan darah tu. And i went to clinic to scan, tapi janin tak kelihatan dalam kantung.
So saya nak tanya, apakah punca perdarahan yg sy alami dan juga adakah normal jika hamil 7 minggu tapi belum nampak janin? Ada kemungkinan ke janin boleh terbentuk lewat dr 6-7 minggu??
Terimakasih…

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Memandangkan puan berada pada awal kandungan, terdapat kebarangkalian bahawa janin belum wujud dalam kantung.
Walaubagaimanapun, sekiranya puan mengalami pendarahan sekali lagi, gejala demam atau sakit pada bahagian rahim, puan perlu mendapatkan rawatan lebih lanjut.
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.