
Sulit
5 tahun
Mengalami sakit di bahu dan tulang belakang
Saya wanita ,bekerja sebagai IT Support. saya selalu menggunakan laptop dalam jangka masa yang lama. Saya mengalami masalah ini sudah lama,walaupon telah pergi berurut dan pergi berjumpa doktor. Doktor memberikan saya ubat otot dan pain killer. Kadang-kadang apabila saya rasa sakit sangat ketika menarik nafas. Dulu saya juga pernah check di universiti,medical checkup.biase yang dianjurkan universiti,mereka katakan mengenai dua tulang belakang bahagian kiri dan kanan saya agak terkeluar dan ianya boleh menyebakan saya cepat lenguh.Dan sampai sekarang,saya merasakan lenguh di belakang tetapi bila saya check,doktor di klinik mengatakan.tiada apa yang serius.

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, gejala sakit bahu dan belakang yang anda alami boleh disebabkan:
- Ketegangan otot
- Masalah cakera tulang belakang
- Masalah saraf bahu - akibat kecederaan
- “frozen shoulder” - faktor risiko seperti diabetes
Untuk mengatasi masalah ini, anada boleh lakukan beberapa kaedah seperti:
- Senaman bahu dan belakang
- Pemakaian pad tahan sakit
- Mengurut
- Rujukan pakar
Untuk mengatasi masalah ini, punca masalah tersebut haruslah diketahui. Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dan rawatan dapat diberikan. Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.