Sulit
5 tahun
Mengalami sakit kepala dan sakit belakang
doktor, ibu saya berusia 62 tahun dan mengalami kesakitan di kepala dan belakang akibat terkena buah kelapa yang terjatuh dari pokok. sekarang ibu saya sakit kepala dan rahang juga sakit. tak berapa boleh buka mulut. belakang badan pun sakit. boleh doktor advice adakah sakit ini akan berlarutan? ada kemungkinan boleh menjadi pendarahan beku dalam kepala tak?
thanks in advance.
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih kerana menghubungi kami.
Kami faham kerisauan anda buat masa ini. Berdasarkan kenyataan anda, terdapat beberapa sebab yang boleh menyebabkan mengapa ibu anda mengalami masalah sedemikian, seperti:
- Pendarahan di dalam kepala (intracranial bleed)
- Strok
- Jangkitan otak atau selaput otak
- Masalah saraf
- Kecederaan tulang belakang dan kepala
Anda tiada masa untuk sakit kepala? Dapatkan kelegaan segera.
Pakar neurologi boleh membantu anda untuk melegakan masalah sakit kepala.
Ini hanyalah keterangan kami secara am mengenai masalah anda. Perkara yang dialami oleh ibu anda memerlukan perhatian doktor segera. Kami sarankan anda untuk membawa ibu anda berjumpa dengan doktor secepat mungkin supaya pemeriksaan dapat dilakukan dan rawatan dapat diberikan kepadanya.
Sekiranya anda mempunyai soalan lanjut, sila hubungi kami di (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor kami secara peribadi. Terima kasih.



































