
Sulit
3 tahun
Mengalami sakit pada bahagian bawah perut sebelah kanan dn mengalami pendarahan (period) walaupun sudah period 2 minggu sebelumnya
Salam Doc, sy berumur 20 tahun dan belum pernah melakukan hubungan sexual. Saya pernah didaftarakn sebagai pesakit hyperthyroidism pada 2020 iaitu tahun sebelum ini. Sekarang saya mengalami sakit pada bahagian kanan rahim ataupun bawah perut bahagian kanan. Saya mula mengalami haid yang tidak menentu sejak 5 bulan yang lalu iaitu kadang-kadang tidak datang haid selama 2 bulan. Pada mulanya saya beranggapan tidak serious sehinggalah sy mengalami pendarahan 2 kali sebulan dengan kdar darah yang begitu banyak dan beranggapan bahawa saya dalam keadaan stress. Namun pada bulan ini saya mula merasa sakit seperti mencucuk dibahagian perut walaupun saya sudah datang 2 minggu sebelumnya. Dan mula mengalami pendarahan hanya 1 hari sahaja selama 2 kali pada bulan lepas dan bulan ini.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera, terima kasih kerana menghubungi kami.
Kami faham masalah yang anda alami. Berdasarkan kenyataan anda, terdapat beberapa sebab yang boleh menyebabkan anda mengalami gejala sedemikian, seperti:
- Radang apendiks (appendicitis)
- Sindrom polisistik ovari atau PCOS
- Sista ovari (ovarian cyst)
- Radang organ pelvis (pelvic inflammatory diseases)
- Ketidakstabilan hormon
- Masalah kelenjar tiroid atau pituitari
- Berat badan: Berat badan berlebihan dapat mengganggu kitaran haid seseorang
- Umur: Golongan remaja dan wanita perimenopaus seringkali mengalami masalah haid tidak teratur
- Tekanan emosi atau stres
- Penggunaan perancangan keluarga seperti pil perancang
Tempuhi waktu datang bulan dengan selesa tanpa kebocoran.
Ini hanyalah keterangan kami secara am mengenai masalah anda. Kami sarankan anda untuk berjumpa dengan doktor supaya pemeriksaan dapat dilakukan dan rawatan dapat diberikan kepada anda.
Sekiranya anda mempunyai soalan lanjut, sila hubungi kami di (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor kami secara peribadi. Terima kasih.