
Sulit
3 tahun
Mengalami tekanan perasaan. Saya harap doktor dapat beri khidmat nasihat on what should i do due to my problem. I really need help and advices. Thankyou in advance
Hi. Saya berumur 24 tahun. Saya mempunyai masalah trauma dengan kisah silam. Jika saya tertekan, saya akan ingat akan apa yang pernah terjadi kepada diri saya, satu per satu. Adakah saya mempunyai masalah mental? Adalah perlu untuk saya berjumpa psikiatri?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam Sejahtera,
Terima kasih kerana mengajukan soalan anda.
Kami memahami masalah trauma dengan kisah silam anda dan kami akan cuba membantu anda.
Tekanan perasaan boleh menyebabkan pelbagai jenis penyakit jika tidak ditangani secepat mungkin. Antaranya ialah, hypertension, stress, masalah emosi, PTSD dan pelbagai.
Antara tanda dan gegala PTSD adalah:
- Mengalami pikiran yang mengganggu seperti ingatan berulang yang tidak disengaja, mimpi menyedihkan, atau kilas balik dari peristiwa trauma.
- Menghindari hal yang dapat mengingatkan diri pada peristiwa trauma, termasuk menghindari orang, tempat, aktiviti, objek, dan situasi yang dapat memicu kenangan menyedihkan.
- Mengalami perubahan kemampuan kognitif dan suasana hati. Misalnya seperti tidak mampu mengingat beberapa aspek penting dari peristiwa trauma.
- Mudah tersinggung, mudah marah, mudah terkejut, masalah konsentrasi, mengalami gangguan tidur, dan lain-lain.
Untuk mengetahui punca dan diagnosis anda, sila rujuk kepada doktor. Anda boleh berhubung dengan doktor atau doktor pakar kami atas talian agar kami boleh membantu anda dengan lebih lanjut.
Kami harap kami dapat membantu anda.
Terima Kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor.
Sila klik di sini untuk bercakap dengan Doktor Pakar Psikiatri