Sulit
6 tahun
Mengambil suntikan 3 bulan tapi boleh ka mengandung sebab lebih kurang 2 bulan saya tidak haid
Saya umur 21 mempunyai masalah seperti di atas saya mengambil perancang keluarga suntikan 3 bulan ada potensi ka saya mengandung sebab lebih kurang 2 bulan saya tidak period pernah sekali saya ada petanda mahu period tapi esok nya tiada dan keesokkan hari nya kluar darah haid tapi selepas tu tiada sudah… Saya mempunyai anak 1 orang dan di sarankan mempunyai anak sekurangnya jarak 3 tahun di sbb kan fktor ksihtan? Sekian, Terima kasih
6 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, gejala haid lewat atau tidak datang boleh disebabkan:
- Gaya hidup yang terlalu sibuk dan aktif
- Tekanan emosi
- Kekurangan berat badan atau berat badan berlebihan
- Masalah kalenjar tiroid atau pituitari
- Kesan suntikan perancang kehamilan - ianya boleh menyebabkan gangguan kitaran hormon selama berbulan-bulan walaupun sudah berhenti mengambilnya
Sekiranya masalah ini berlanjutan serta memudaratkan kesihatan anda, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dapat dibuat. Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.



























