
Sulit
5 tahun
Mengambil suntikan perancang keluarga
Saya mempunyai anak yang berusia 3 tahun lebih. Saya merancang keluarga dengan kaedah suntikan. Sepatutnya saya datang untuk suntikan pada ogos 2019,tetapi saya tidak pergi untuk suntikan tersebut. Masalahnya sampai sekarang saya tak period dan saya kerap sakit badan, bawah perut saya sebelah kiri itu sangat sakit dan sering pening pening. Adakah ini normal?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda/puan/tuan, masalah ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- kehamilan
- jangkitan virus
- radang apendiks
- kurang kandungan gula dalam darah
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor dengan kadar segera. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.