
Sulit
3 tahun
Mengambil Suntikan Vaksin Typhoid Selepas Selesai Dos Pertama Vaksin Covid-19 AZ
Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada pihak doctoroncall. Saya ingin bertanyakan kepada pihak doctor bahawa saya merupakan mahasiswa tahun akhir dalam bidang pemakanan dan saya diwajibkan untuk mengambil suntikan vaksin Typhoid untuk melakukan latihan industri pada awal bulan 9 ini. Namun begitu, saya telah menerima suntikan dos pertama vaksin Covid-19 AstraZeneca pada 27/6 yang lalu dan saya telah dijadualkan untuk mengambil suntikan dos kedua pada 29/8. Menurut kajian dan perfahaman saya, individu itu boleh divaksinasi lain selepas sahaja 2 minggu dari tempoh masa beliau mengambil vaksin sebelum ini. Oleh itu, saya ingin bertanyakan kepada pihak doctor, bolehkah saya mengambil suntikan vaksin Typhoid dalam tempoh masa di antara suntikan dos pertama dan suntikan dos kedua vaksin Covid-19 AstraZeneca? Atau, saya perlu mengambil suntikan vaksin Typhoid ini selepas sahaja saya lengkap dos kedua vaksin Covid-19 AstraZeneca? Diharap pihak doctoroncall dapat membantu saya dalam hal ini. Terima Kasih.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam Sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Kami memahami anda telah mengambil dos pertama vaksin Covid-19, dan ingin mengetahui sekiranya anda boleh mengambil vaksin Typhoid selepas dos pertama atau tunggu sehingga habis dos kedua. Kami akan cuba membantu anda.
Seperti yang anda sedia maklum, vaksin lain hanya boleh diambil selepas 2 minggu dari tarikh vaksin sebelumnya asalkan anda sihat semasa pengambilan vaksin. Anda boleh mengambil vaksin Typhoid dua minggu selepas dos pertama vaksin Covid-19 dan seterusnya menunggu 2 minggu untuk mengambil dos kedua vaksin Covid-19. Anda boleh merujuk perkara ini kepada doktor sebelum mengambil suntikan vaksin Typhoid.
Sekiranya anda mempunyai pertanyaan lanjut, sila hubungi kami supaya kami dapat membantu anda.
Kami berharap jawapan ini dapat membantu anda. Terima kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor.
Sila layari https://covid-19.moh.gov.my/ untuk maklumat terkini dan garis panduan tentang COVID-19 dan Vaksinasi COVID-19
Untuk Membuat Janji Temu Vaksinasi COVID-19 Di Klinik Swasta, Klik Di Sini
Untuk Menempah Ujian PCR/Ujian RTK COVID-19, Klik Di Sini