
Sulit
3 tahun
Mengambil ubt radang vaksin dos 3
Salam…sy akan menerima vaksin dose ke 3 pada 12/11/2021…dalam masa yg sama saya diberi doct ubat radang yang perlu dihabiskan dalam masa 5 hari dsebabkan kaki saya ada terseliuh…adakah boleh sy meneruskan utk mengambil vaksin dose 3 nanti?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera,
Terima kasih atas soalan anda.
Berdasarkan pertanyaan anda di atas, saya memahami bahawa anda berasa bimbang tentang masalah anda. Saya akan cuba untuk membantu anda.
Untuk makluman anda, anda haruslah mengambil ubat-ubatan yang diperlukan walaupun telah menerima suntikan vaksin. Suntikan ini tidak mempengaruhi ubat anda melainkan jika dinyatakan oleh doktor. Anda dinasihatkan untuk berjumpa dengan doktor di tempat vaksin sebelum mengambil vaksin tersebut dan memberitahunya pasal situasi ini.
Anda juga boleh berhubung dengan doktor kami secara atas talian untuk mendapat maklumat serta rawatan yang lebih lanjut.
Saya berharap agar jawapan ini dapat membantu anda. Terima kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor.
Sila layari https://covid-19.moh.gov.my/ untuk maklumat terkini dan garis panduan tentang COVID-19 dan Vaksinasi COVID-19
Untuk Membuat Janji Temu Vaksinasi COVID-19 Di Klinik Swasta, Klik Di Sini
Untuk Menempah Ujian PCR/Ujian RTK COVID-19, Klik Di Sini