
Sulit
3 tahun
Mengambil Vaksin Astra Zeneca dan makan beberapa biji panadol Actifast selepas itu. Saya ingin mengetahui ada kesan ke terhadap vaccination saya
Boleh ke panadol ActiFast dimakan selepas divaksin? kalau sudah makan lebih kurang 6 biji, ada kesan ke dekat vaccination tu? Makan sebab tidak tahan sakit kepala dan demam

3 tahun
Selamat sejahtera. Terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan anda, kami memahami kebimbangan anda akan kesan sampingan selepas menerima vaksin COVID-19 dan ingin tahu sama ada boleh atau tidak mengambil ubat jenis paracetamol (panadol) selepas penerimaan vaksin. Jangan risau, kami akan cuba membantu anda.
Untuk makluman anda, kesan sampingan seperti demam ringan, sakit kepala dan keletihan selepas menerima vaksin COVID-19 adalah normal terutama setelah anda menerima suntikan kedua. Ini merupakan tanda bahawa tubuh mula membentuk pertahanan antibodi terhadap virus COVID-19. Akan tetapi, tidak semua orang akan mengalami kesan sampingan dan jika anda tidak memiliki kesan sampingan, itu juga baik, bukan bermaksud vaksin itu tidak aktif. Hal ini kerana ia berkaitan dengan tindak balas sistem tubuh yang berbeza setiap individu.
Mengenai pengambilan ubat jenis paracetamol (panadol), menurut Centres of Disease Control and Prevention (CDC), pengambilan setelah suntikan, atas arahan doktor untuk mengurangi gejala kesan sampingan, adalah dibolehkan. Kesan sampingan suntikan kebiasaannya hanya sementara iaitu beberapa hari untuk sembuh dan hilang.
Terima kasih, kami berharap jawapan ini membantu anda.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor
Sila layari https://covid-19.moh.gov.my/ untuk maklumat terkini dan garis panduan tentang COVID-19 dan Vaksinasi COVID-19
Untuk Membuat Janji Temu Vaksinasi COVID-19 Di Klinik Swasta, Klik Di Sini
Untuk Menempah Ujian PCR/Ujian RTK COVID-19, Klik Di Sini