
Sulit
3 tahun
Mengambil vaksin selepas cabut gigi bongsu
Saya remaja berumur 21 tahun. Saya ada appointment untuk cabut gigi bongsu. Rawatan tersebut memerlukan operation disebabkan gigi tersebut tumbuh baring. 3 hari lps tarikh appoinment tersebut saya perlu hadir ke ppv untuk mengambil suntikan vaksin AZ dos kedua.Persoaalannya bolehkah saya pergi mengambil vaksin pada hari tersebut ataupun saya perlu tangguh dahulu temu janji cabut gigi bongsu? Maksudnya cabut gigi bongsu selepas mengambil vaksin dos kedua dlm tempoh-tempoh tertentu.

3 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih atas soalan anda.
Kami memahami kebimbangan anda tentang penerimaan vaksin covid-19 dan prosedur cabut gigi. Kami akan cuab memberi penerangan.
Untuk makluman anda, pemberian vaksin tidak mempengaruhi rawatan pergigian anda. Anda boleh rujuk sendiri doktor gigi anda untuk kepastian sekiranya anda masih ragu-ragu.
Vaksin adalah bertujuan melindungi anda, bukan membahayakan anda. Aktiviti harian anda boleh dilakukan seperti biasa. Anda dinasihatkan untuk tidak terlalu risau dan jangan mempercayai berita atau fakta dari sumber tidak sah.
Namun begitu, saya menyarankan anda supaya merujuk kepada doktor untuk mendapat maklumat yang tepat. Anda boleh berhubung dengan doktor kami secara atas talian untuk mendapatkan maklumat serata tindakan yang lebih lanjut.
Kami berharap jawapan ini dapat membantu anda. Terima kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor
Sila layari https://covid-19.moh.gov.my/ untuk maklumat terkini dan garis panduan tentang COVID-19 dan Vaksinasi COVID-19
Untuk Membuat Janji Temu Vaksinasi COVID-19 Di Klinik Swasta, Klik Di Sini
Untuk Menempah Ujian PCR/Ujian RTK COVID-19, Klik Di Sini