
Sulit
3 tahun
Mengambil vaksin untuk penyakit tekanan darah rendah,asma
Hi doktor, saya wanita berumur 20 tahun. Saya ingin meminta pendapat doktor bolehkah seorang yang mengalami tekanan darah rendah seperti saya mengambil vaksin,adakah ianya sesuai utk saya? Di samping itu sy juga mengalami penyakit asma tetapi ianya hanya terjadi ketika saya sedang gastrik @ mengalami alergi sahaja.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
salam sejahtera,
terima kasih atas soalan yang ditanyakan.
berdasarkan soalan anda di atas, saya memahami bahawa anda berasa bimbang tentang masalah anda. Saya akan cuba untuk membantu anda.
Berdasarkan informasi terkini, vaksin COVID-19 adalah selamat untuk diberikan kepada semua pihak. Tambahan lagi, setiap lapisan masyarakat (termasuk golongan berisiko) sememangnya di galakkan untuk mendapatkan vaksinasi COVID-19 agar kita dapat sama-sama hapuskan rantaian jangkitan COVID-19 atau mencegah dari penyebaran mahupun komplikasi pandemik di negara dan seterusnya dunia. Anda boleh mengambil vaksin Covid 19 di mana-mana PPV yang behampiran dengan rumah anda.
namun, saya menyarankan anda supaya merujuk kepada doktor untuk mendapat maklumat yang tepat. Anda boleh berhubung dengan doktor kami secara atas talian untuk mendapat maklumat serta tindakan yang lebih lanjut.
Saya berharap agar jawapan ini dapat membantu anda. Terima kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor
Sila layari https://covid-19.moh.gov.my/ untuk maklumat terkini dan garis panduan tentang COVID-19 dan Vaksinasi COVID-19
Untuk Membuat Janji Temu Vaksinasi COVID-19 Di Klinik Swasta, Klik Di Sini
Untuk Menempah Ujian PCR/Ujian RTK COVID-19, Klik Di Sini