
Sulit
2 tahun
Mengandung 5bulan tetapi period
Saya pernah membaca satu artikel pengalaman tentang mengandung tetapi period. Period yang dialami adalah tidak konsisten. Kadang-kadang heavy bleeding dan kadang-kadang light bleeding. Jangka masa period juga pernah seminggu dan pernah 3hari. Adakah artikel ini betul? Kerana selalunya seseorang itu tidak akan mengandung jika mereka period.

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Untuk makluman pihak anda, pendarahan semasa tahap awal kehamilan selalunya disebabkan “implantation bleeding” atau pendarahan semasa proses persenyawaan. Sebab lain adalah:
- Tahap hormon progesterone dalam badan amat rendah akan menyebabkan dinding rahim kurang kukuh sekali gus menyebabkan kedatangan haid.
- Melakukan persetubuhan ketika mengandung. Apabila wanita mengandung, mereka akan mengalami perubahan pada permukaan serviks. Oleh itu, pendarahan semasa hamil boleh dkelirukan dengan haid.
- Jangkitan kuman haruslah diambil serius dan sekiranya berlaku semasa hamil wanita tersebut perlu ke hospital untuk dirawat kerana kemungkinan boleh menjejaskan kandungan.
Pendarahan disebabkan faktor di atas selalunya berlaku dalam jumlah yang sedikit. Jika berlebihan atau secara berlarutan malah mempunyai sakit perut, anda perlu segera ke hospital tanpa berlengah- lengah. Punca pendarahan berbeza jika berlaku sebelum dan selepas 24 minggu kehamilan.
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan secara percuma. Terima kasih.