
Sulit
4 tahun
Mengandung 7 minggu
Saya mengandung 7minggu Dan 2hari…Buat scan di kelinik swasta dctor cakap tak nampak baby dalam kantung…sepanjang kehamilan saya ini tidak rasa sakit perut atau bleeding…adakah ini normal atau tunggu beberapa minggu lagi untuk buat scan yg kedua?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda, kebiasaannya kantung kehamilan boleh mula dilihat melalui imbasan ultrasound ketika kandungan berumur 5 minggu. Namun, berkemungkinan kiraan kandungan anda kurang tepat dan kantung kehamilan belum dapat dilihat kerana kandungan masih terlalu awal.
Oleh sebab itu, anda mungkin disarankan lagi oleh doktor anda untuk membuat imbasan ultrasound sekali lagi selepas beberapa minggu bagi memastikan janin berada di dalam rahim.
Akan tetapi, jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor.
Buat masa sekarang, sekiranya anda mengalami gejala seperti berikut, disarankan untuk anda berjumpa dengan doktor.
Pendarahan seperti haid yang banyak
Keluar seperti tisu dari bawah
Sakit perut
Anda juga boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.