
Sulit
4 tahun
Mengandung anak pertama.Gatal kerengkong ketika hendak tidur.batuk sampai trkencing.cecair yg keluar ketika batuk seperti putih telur.hidung tersubmbat semasa baring
Hello dr.sy wanita mengandung anak pertama…berumur 22 thn sy telah mengalami sakit ini lebih dari seminggu…sebelum tidur saya mengalami hidung tersumbat…selepas tu gatal kerengkong…saya mula batuk sehingga keluar cairan seperti putih telur…sehingga terkencing…tp kencing x berbau hancing…byk sgt keluar…adakah air ketuban…sila bagi solusi tentang penyakit saya…tq

4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda, masalah ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- Air kencing disebabkan kencing tidak lawas
- Ibu yang mengandung juga akan menghasilkan banyak air secara fisiologi
- Air ketuban
Anda juga perlu segera ke klinik jika cecair yang keluar bewarna merah cerah. Ini adalah tanda yang serius dan perlu dirawat dengan segera. Namun begitu, ini hanyalah keterangan am dalam hal ini. Saya nasihatkan anda untuk berjumpa dengan doktor untuk mendapatkan kesimpulan yang lebih tepat. Anda juga boleh klik ( DoctorOnCall ) untuk berhubung dengan doktor kami secara peribadi untuk mendapatkan nasihat. Terima kasih.