
Sulit
4 tahun
Mengandung atau tak sebab pertama kali berlaku
Hai doktor … saya nak tanye … period cycle saya 24 hari … memang selalu normal … tapi pada bulan ni pda hari ke 23 saya period … period saya keluar macam biasa … tapi lepas period … kepala saya kerap berpusing , pinggul saya kadang2 sakit , breast saya kadang rasa nyeri … pedih ulu hati dan kembung perut … bila saya makan , makannya cuma sikit dan mudah kenyang … selang berapa jam tu lapar semula … saya baca ada simtom2 orang mengandung … tapi boleh ke dah lepas period tapi mengandung ? Mohon pencerahan … sebab ini anak pertama . Terima kasih doctor

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang ditujukan.
Kami faham situasi yang anda sedang alami. Untuk makluman anda, kami memerlukan maklumat lebih lanjut daripada anda terutama tentang kitaran haid anda dan gejala yang anda alami.
Kami tidak dapat memberikan jawapan yang tepat memandangkan kami memerlukan maklumat lanjut. Anda boleh membeli dan menggunakan kit ujian kehamilan untuk melihat sama ada anda hamil ataupun tidak. Jika keputusan positif atau samar-samar, sila berjumpa dengan doktor di klinik berdekatan untuk membuat pengesahan daripada doktor sama ada anda hamil ataupun tidak.
Haid lewat? Dapatkan kepastian dan tidak perlu tertanya-tanya lagi.
Untuk menjawab soalan anda, kebiasaannya wanita yang hamil akan perasan bahawa mereka tidak datang haid selepas satu atau dua minggu daripada tarikh di mana haid mereka patut datang. Berdasarkan kenyataan anda, pemeriksaan lanjut perlulah dibuat.
Namun begitu, haid lewat juga boleh disebabkan oleh beberapa sebab selain kehamilan seperti:
- Ketidakseimbangan hormon
- Jadual atau aktiviti harian yang padat
- Masalah kelenjar tiroid atau pituitari
- Sindrom polisistik ovari atau PCOS
Pemeriksaan lanjut daripada doktor haruslah dibuat untuk mengetahui punca haid lewat.
Jika anda mempunyai soalan lanjut, sila hubungi kami di (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor kami. Terima kasih.