
Anonymous
6 tahun
Mengandung atau tidak
Saya dah lewat dtg haid sekitar 1 bulan lebih…Hari terakhir sy period pada 5/2…saya dah buat ujian UPT 3 Kali tp tetap negatif… sy rasakan ade sympton2 Hamil sprti sakit kepala n perut sy kdg2 rasa denyutan yg kuat…sy selalu bersin…tp sblm ni x pernah rasa begini… Jadi sy nk tny doctor,boleh ke sy nk buat cek darah utk tau sy pregnant atau tak??

6 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Semua ujian kehamilan mengukur jumlah hormon kehamilan gonadotropin korionik manusia (hCG) dalam badan puan. Ujian kehamilan di rumah (home pregnancy test - HPT) mengesan kehadiran hCG dalam air kencing. Ujian darah pula mengesan kehadiran hCG dalam darah puan. Ujian darah lebih sensitif daripada ujian air kencing dan boleh mengesan kehamilan dari enam hingga lapan hari selepas ovulasi. Puan boleh melakukan ujian darah di klinik atau hospital. HPT boleh dilakukan sendiri di rumah.
Untuk mengetahui punca sebenar masalah yang puan hadapi, maklumat lanjut tentang latar belakang kesihatan puan, pemeriksaan dan ujian mungkin perlu dijalankan. Puan disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor kami secara atas talian. Terima kasih