
Sulit
5 tahun
Mengandung awal kehamilan
saya wanita berumur 23 tahun… baru berkahwin akhir bulan 12 2019… period saya bulan 12 …pada 20hb 12… bulan satu tak period. buat test pregnancy positif mengandung 2-3 minggu… tp belum pergi klinik… bulan 2 13hb saya ad coklat2 darah. pada 14hb sya keluar darah… pada petang 14hb perut saya sakit sangat. macam kejang. lepastu keluar darah bentuk ketulan… adakah saya gugur? sekian terima kasih

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Anda disarankan untuk pergi ke Jabatan Kecemasan secepat mungkin kerana gejala yang anda alami kemungkinan besar adalah gejala keguguran!
Anda perlukan rawatan di hospital supaya doktor boleh memeriksa bayi dalam rahim anda dan mengelakkan anda supaya tidak hilang terlalu banyak darah. Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan, Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.