
Sulit
4 tahun
Mengandung berdarah kotor yg banyak
Saya ibu mengandung 14minggu tapi sepanjang 3minggu saya menangung kesakitan yg telalu sakit ketika darah keluar dari rahim saya banyak dan beketul2 seperti keguguran…tapi bila sy pergi hospital doktor cakap ok tiada masaallah.kenapa ada darah yg banyak dan besar2 seperti janin yg keluar…

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih kerana menghubungi kami.
Kami faham masalah yang anda alami. Berdasarkan kenyataan anda, terdapat beberapa sebab yang boleh menyebabkan anda mengalami masalah sedemikian, seperti:
- Pendarahan semasa kehamilan:
- Keguguran
- Kandungan luar rahim yang pecah
- Jangkitan kelamin (sexually transmitted infection)
- Radang organ pelvis (pelvic inflammatory diseases)
- Jangkitan salur kencing
- Karang dalam salur kencing
Ini hanyalah keterangan kami secara am mengenai masalah anda. Kami sarankan anda untuk berjumpa dengan doktor segera supaya pemeriksaan dapat dilakukan dan rawatan dapat diberikan kepada anda. Perkara ini perlu diberikan perhatian oleh anda memandangkan anda sedang hamil.
Usah lengahkan waktu dan jumpa doktor dengan segera sekiranya anda mengalami gejala yang disebutkan di bawah:
- Demam
- Sakit perut atau ari-ari
- Sakit ketika membuang air kecil
- Kerap membuang air kecil
- Muntah-muntah
- Pitam
- Sakit dada
- Sesak nafas
- Gejala yang dialami mengganggu aktiviti harian
Sekiranya anda mempunyai soalan lanjut, sila hubungi kami di (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor kami secara peribadi. Terima kasih.