
Anonymous
6 tahun
Mengandung dah masih menyusu
salam sejahtera,saya ingin tanyakan berkaitan bolehkan seseorang ibu menyusu anaknya yang berusia 1 tahun 3 bulan dalam masa yang sama dia baru tahu telah mengandung selama 6 minggu. Masih boleh meneruskan penyusuan atau tidak? jika diteruskan risiko apa yang akan di alami ?

6 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor.
Untuk makluman pihak anda, keputusan untuk terus menyusukan anak ketika mengandung adalah bergantung kepada ibu tersebut dan juga tahap kesihatannya. Ketika mengandung, zat daripada ibu diserap kepada kandungan dan begitu juga ketika menyusukan anak.
Oleh itu, saya sarankan agar puan merujuk masalah ini kepada doktor untuk mendapatkan nasihat lanjut kerana maklumat tentang kesihatan puan, kandungan dan anak yang menyusu juga perlu diketahui sebelum kesimpulan boleh dibuat.
Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor bertauliah kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.
Sekiranya anda adalah ahli Peduli Sihat, konsulatasi anda dengan doktor kami serta ubat-ubatan anda adalah PERCUMA!