
Sulit
4 tahun
Mengandung dan gigi patah
Saya seorang ibu yang sedang mengandung anak ketiga. Baru2 ini saya telah mengalami kemalangan motor dan telah menyebabkan gigi kapak atas patah separuh. Kesan daripada patah ini membuatkan gigi saya terasa ngilu bila saya minum/makan sejuk. Dan untuk mengelakkan daripada ngilu, saya terpaksa menggunakan straw untuk minum dan menyuap makanan dari kiri mulut. Begitu juga bila saya tidur, gigi akan jadi ngilu bila tidur dengan mulut ternganga. Persoalan saya disini, bolehkah saya menyambung gigi yang patah ini dan memasang braces? Sebab seperti yang saya difahamkan, orang mengandung x boleh buat braces. Terima kasih.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda, masalah ini harus dirujuk dengan doktor pakar gigi. Saya tidak dapat untuk mengulas dengan lebih lanjut mengenai hal ini kerana ianya di luar bidang kepakaran kami.
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor gigi.
Untuk masalah perubatan, anda boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.