Sulit

4 tahun

Mengandung dan indigestion

Saya wanita berumur dlm linkungan awal 20an. Saya mendapati diri saya hamil. Saya sangat sensitif dan mudah untuk sakit dan pegi kerap pergi ke farmasi. Boleh saya tahu ubat apa yang boleh dielakkan ketika hamil yang boleh menyebabkan keguguran?

Saya jugak perasan kebelakangan ini perut saya tidak berasa selesa (indigestion) serta menyukarkan untuk tidur malam dan sentiasa terjaga… boleh saya tahu solusi untuk kedua-duanya

Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.

Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.

Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman anda, adalah tidak mungkin untuk kami senaraikan semua jenis ubat yang tidak boleh diambil oleh ibu hamil. Sebagai langkah berjaga-jaga, anda mungkin boleh menyebutkan status kehamilan kepada ahli farmasi setiap kali mahu mengambil sebarang ubat.

Merujuk kepada keluhan perut berasa tidak selesa, untuk makluman puan, sebanyak lebih 50% ibu mengandung mempunyai keluhan yang sama pada trimester pertama kehamilan. Hal ini terjadi kerana seiring dengan pembesaran rahim pada kehamilan, tekanan dalam perut juga bertambah sehingga menolak perut dan esofagus keatas. Maka, asid dan isi perut juga akan tertolak naik sehingga menimbulkan gejala-gejala seperti senak dan mual.

Terdapat ubat-ubatan yang boleh diberikan untuk mengatasi asid perut yang naik serta mual-mual. Sebetulnya, setiap ubat mempunyai efek samping dan risiko tersendiri. Namun, wanita hamil perludiingatkan bahawa loya dan muntah biasanya tidak membahayakan janin. Malah, ubat-ubatan yang digunakan untuk mengubati keadaan ini tidak dikaitkan dengan peningkatan risiko kecacatan kelahiran, keguguran, prematur atau akibat buruk lain dalam kehamilan. Selain pengubatan, terdapat beberapa hal yang boleh diamalkan untuk membantu mengurangi masalah ini, antaranya:

  • tinggikan posisi kepala saat tidur
  • kurangkan minuman berkafein, minuman bergas
  • kurangkan makanan pedas
  • bahagikan makanan dalam kuantiti kecil dan banyak kali (>3 kali sehari)
  • elakkan makan sebelum tidur (3 jam)

Untuk info dan maklumat lanjut, silakan klik pada link (DoctorOnCall) untuk menghubungi doktor ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.

pregnancy

Tahukah anda sistem imun juga memainkan peranan dalam keberkesanan vaksin?

Mencegah adalah lebih baik daripada mengubati. Adakah anda sedia untuk melawan jangkitan? Ketahui dalam 5 minit!

Forum Kesihatan

Terokai soalan berkaitan kesihatan.
Ejakulasi Pramatang (409) URTI (222) Mati Pucuk (763) Gonorea (146) Kulat di Faraj (293) Sakit Kepala (3143) Sifilis (247) Penyakit Kelamin (2391) Migrain (129) Chlamydia (27) Haid Tidak Teratur (5282) Pil Perancang Kecemasan (1258) Keputihan (1654) Demam (1404) Sesak Nafas (2099) Sakit Tekak (1403) Darah Tinggi (418) Penuaan (16) Keracunan Makanan (43) Badan Gemuk (87) Jerawat (414) Ketuat (150) Tonsil (210) Kurap (104) Kencing Manis (527) Pedih Ulu Hati (204) Herpes (207) Kandidiasis (16) Ekzema (30) Perancangan Keluarga (2550) Kehamilan (4990) HIV (859) Tiroid (420) Kolesterol Tinggi (145) Haid Lewat (4282) Haid Berlebihan (398) Sakit Badan (1493) Kurang Berat Badan (226) Haid Berpanjangan (1856) Kesihatan Am (4078) Insomnia (210) Hipotensi (49) Sinusitis (87) Buasir (523) HPV (93) Kutu (17) Haid Sakit (523) Strok (107) Hepatitis A (9) Hepatitis B (117) Hepatitis C (33) Penyakit Jantung (541) Psoriasis (39) Gallstone (9) Sakit Tumit (165) Cara Berhenti Merokok (104) ENT (2375) Kesihatan Seksual (5517) Sakit Dada (2572) Sakit Mata (880) Ujian Kehamilan (1396) Penyakit Kulit (3772) Najis Abnormal (664) Sakit Perut (3867) Sakit Lutut (402) Masalah Kencing (2283) Sakit Payudara (972) Kesihatan Kanak-Kanak (2437) Kesihatan Mental (2101) Gigi & Gusi (1162) Jangkitan Coronavirus (7011) Fibroid (64) Batuk (940) Sakit Telinga (220) Sakit Pinggang (562) Ubat-Ubatan (1652) Darah Nifas (68) Najis Berdarah (397) Keguguran (371) Selsema (152) Mual & Muntah (451) Kebas (614) Tidak Datang Haid (464) Asid Refluks (74) Gastrik (212) Sakit Belakang (494) Sakit Tulang (454) Sakit Otot (158) Pendarahan Coklat (390) Pendarahan Spotting (502) Lebam (20) Kesihatan Am Wanita (2082) Sakit Mulut (228) Derma Darah (52) Anemia (120) Sembelit (274) Kesihatan Rambut (264) Mulut Berbau (43) Dehidrasi (4) Tidur Berdengkur (23) Masalah Tidur (306) Cirit Birit (216) Masalah Peluh (210) Benjolan Di Kulit (882) Pitam (191) Ulser mulut (68) Selsema burung (8) Wabak bubonic (8) Pelindung muka (16) Kurang Selera Makan (132) Prosedur Perubatan (574) Makanan Tambahan (274) Pening Kepala (532) Trauma (32) Keputusan Siasatan (212) Penerangan Penyakit (525) Alahan (72) Masalah kesuburan (36) Bisul (160) Pencegahan Koronavirus (138) Kahak (248) Masalah Penglihatan (58) Asthma (38) Vitamin dan Nutrisi (231) Masalah Tangan Dan Kaki (1503) Sendawa (112) Masalah Buah Pinggang (150) Vaksin COVID-19 (1490) Ketinggian (56) Kesihatan Lelaki (742) Masalah saraf (56) Hematologi (36) Denyutan Nadi & Kesihatan Jantung (230) Hipoglisemia (2) Kesihatan Kulit (178) Hormon, Endokrin & Metabolisme Tubuh (12) Sakit Sendi (16) Apendiks (4) Penyakit Hati (8) Penerangan Vaksin (30) Resdung (4) Influenza (28) Ketumbuhan (14) Kecederaan (20) Kanser (48) Sakit Leher (116) Darah (116) Ketiak (40) Masalah Najis (12) HFMD (2) Paru - Paru (22) Hidung (12) Hempedu (10) Jahitan (28) Pembedahan (16) Penyusuan (16) Suntikan (14) Darah Putih (16) Bahu (6) Bibir (14) Autisme (4) Asid Folik (16) Pusat (2) Sawan (6) Melecur (2) Badan Berbau (2) Ruam (6) Muka (6) Tuberkulosis (2) Saringan kesihatan (2) Suplemen, Vitamin dan Mineral (2) Vaksin Denggi (50)