
Sulit
3 tahun
Mengandung dan mengambil vaksin
Kawan baik saya berumur 20thun dan pada seminggu yang lalu dia mengambil vaksin first dose selepas seminggu dia mendapati dirinya hamil , dia resah dan ketakutan apa yang patut dia lakukan ? Minta penyelesaiannya

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan anda.
Untuk makluman anda, garis panduan vaksinasi Covid 19 terkini menunjukkan bahawa vaksin covid 19 tidak akan mempengaruhi kehamilan anda. Walaupun begitu, anda akan diberi 3 pilihan untuk melanjutkan vaksinasi anda, iaitu:
- Melambatkan dos kedua sehingga kehamilan 14 minggu
- Terima suntikan dos kedua seperti yang dijadualkan
- Tinggalkan dos kedua
Untuk maklumat serta nasihat lanjut, sila merujukkan perkara ini kepada doktor anda, dan jabatan berkaitan vaksinasi Covid-19 melalui CPRC di talian 0388810200/+60178429454. Anda juga boleh menghubungi pusat vaksinasi anda hadiri tersebut untuk menyusun semula jadual vaksinasi anda.
Anda juga boleh mendapatkan maklumat lanjut berkenaan perkara ini daripada doktor atas talian kami.
Kami berharap jawapan kami dapat membantu anda. Terima kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor.
Klik pada link ini untuk bercakap dengan Doktor Pakar Ibu dan Anak (Obstetrician).
Sila layari https://covid-19.moh.gov.my/ untuk maklumat terkini dan garis panduan tentang COVID-19 dan Vaksinasi COVID-19
Untuk Membuat Janji Temu Vaksinasi COVID-19 Di Klinik Swasta, Klik Di Sini
Untuk Menempah Ujian PCR/Ujian RTK COVID-19, Klik Di Sini