
Anonymous
6 tahun
Mengandung ke tidak?
Salam sejahtera. Saya nk tanya, minggu lepas sy cuci haid tp harini ada spotting brownish. Td sy pergi ke klinik and doc buat scan sekiranya terdapat cyst atau fibroid. Semuanya tak ada masalah. Tp lately ni saya kerap buang air kecil dan besar terutama buang air kecil. Saya selalu haus dan apabila hendak tidur malam sy terasa sakit belakang, kadang2 rasa loya. Tp bila scan td xnampak apa2 pun. Adakah saya mengandung?

6 tahun
Salam sejahtera. Terima kasihatas soalan yang diajukan.
Spotting boleh menunjukkan tanda awal kehamilan disebabkan proses implantasi embryo di dinding rahim. Ia juga boleh disebabkan cyst atau fibroid. Oleh kerana anda baru habis haid minggu lepas, sekiranya anda mengandung, usia kandungan anda adalah masih terlalu awal untuk dikesan. Oleh itu anda disarankan untuk menjalankan ujian kehamilan menggunakan alat ujian kehamilan yang boleh didapati di farmasi dalm tempoh 1 - 2 minggu lagi.
Simptom - simptom yang anda nyatakan adalah tidak spesifik dan boleh disebabkan oleh banyak perkara. Kehamilan juga boleh menyebabkan simptom - simptom tersebut. Namun perkara ini perlu dipastikan melalui ujian kehamilan.
Anda dinasihatkan untuk merujuk perkara ini kepada doktor selepas melakukan ujian kehamilan atau sekiranya anda risau dengan masalah anda ini. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor kami yang bertauliah secara atas talian. Terima kasih.