
Sulit
3 tahun
Mengandung lagi selepas 2 tahun czer menegak
Apakah risiko mengandung lagi setelah 2 tahun czer menegak? Saya telah melahirkan 3 anak secara czer.2 czer melintang,1 czer menegak(baby meninggal,lahir semasa 6 bulan kandungan,sy tumpah darah)

3 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada kami
Melalui penerangan anda, saya memahami kebimbangan anda dalam hal ini. Untuk pengetahuan anda, wanita yang telah mengalami pembedahan cesarean yang berkali-kali mempunyai risiko seperti:
- Masalah plasenta seperti plasenta accreta atau plasenta previa
- Komplikasi pada parut cesarean lama
- Hernia
Disebabkan saya tidak menilai kondisi anda secara terperinci saya tidak dapat memberikan kesimpulan lebih lanjut. Maklumat lebihan perlu diperolehi sebelum saya boleh memberikan kesimpulan yang terbaik. Langkah yang terbaik adalah untuk anda bertanya kepada doktor pakar anda yang mempunyai sejarah bersalin anda supaya dapat memberikan maklumat lanjut.
Anda juga boleh klik di link ( DoctorOnCall ) untuk berhubung dengan doktor kami secara peribadi untuk nasihat dan maklumat lebih lanjut daripada pakar. Terima kasih.