
Sulit
4 tahun
Mengandung selepas 3 bulan bersalin normal delivery
Saya intan berusian 25 tahun. Saya baru bersalin 3 bulan lepas dan few days ago i check upt then result is positive. So saya mmg taknak teruskan sebab saya baru je lepas bersalin secara normal delivery dan anak saya baru 3 bulan. So adakah selamat bagi sYa untuk gugurkan? Last day period saya 5/1 haritu

4 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih kerana menghubungi kami.
Kekalkan kebahagiaan rumah tangga anda dengan mendapatkan perancangan keluarga yang terbaik
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang situasi yang dihadapi. Untuk pengetahuan puan juga, sememangnya menurut konsensus umum, jarak kehamilan yang digalakkan adalah 2 tahun di antara kehamilan.
Saya sarankan puan untuk pergi ke klinik/hospital berdekatan dan membuat saringan untuk memastikan apakah benar terjadi kehamilan dan apakah terdapat risiko sekiranya kehamilan dilanjutkan. Berdasarkan SOP umum hospital di Malaysia, indikasi bagi menggugurkan kandungan termasuk:
- sekiranya kehamilan memudharatkan kesihatan si ibu
- sekiranya kehamilan memudharatkan kesihatan si bayi
- sekiranya bayi yang dilahirkan mempunyai kecacatan yang boleh menyebabkan kematian, dll.
Walau bagaimanapun, ujian UPT hanya satu dari pelbagai cara untuk mengenal pasti kehamilan. Berbincanglah dengan suami dan keluarga yang tercinta bagi dalam mendepani situasi seperti ini, Semoga keputusan memihak kepada anda sekeluarga.
Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap diatas talian dengan doktor bertauliah kami. Terima kasih.