
Sulit
3 tahun
Mengandung selepas suntikan Astrazeneca dos pertama
Salam doktor, saya risau akan hamil memangdangkan sudah beberapa hari tidak datang bulan. Saya mengambil suntikan vaksin Astrazeneca dos pertama (18/7/2021) dan akan mengambil dos kedua (18/9/2021). Bagaimanakah jika saya mengandung? Semasa konsultasi di PPV, doktor di situ memberitahu supaya tidak boleh mengandung selama 5 bulan selepas suntikan. Saya tiada sebarang penyakit.

3 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih atas pertanyaan anda.
Kami memahami kebimbangan anda dan akan cuba membantu.
Untuk pengetahuan anda, vaksin mengikut kajian terkini selamat untuk wanita hamil.
Mengikut garis panduan Malaysia,seseorang wanita yang telah mendapat vaksin pertama dan jikalau mereka mengandung tidak menjadi manjadi masalah.
Dos kedua boleh diambil pada minggu kehamilan 14-33.
Vaksin Covid-19 hanya akan memberikan perlindungan kepada anda dan anak anda.
Mengikut kajian kini,tiada perbezaan ketara di antara kesan sampingan seseorang yang hamil dan tidak dengan vaksin ini.
Kami harap anda mengambil pendapat lanjut dengan doktor pakar atas talian.
kami harap jawapan ini membantu.
Terima kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor.
Sila layari https://covid-19.moh.gov.my/ untuk maklumat terkini dan garis panduan tentang COVID-19 dan Vaksinasi COVID-19
Untuk Membuat Janji Temu Vaksinasi COVID-19 Di Klinik Swasta, Klik Di Sini
Untuk Menempah Ujian PCR/Ujian RTK COVID-19, Klik Di Sini