
fyekafyean
5 tahun
Mengandung semula selepas keguguran tanpa haid pertama
Salam Dr…
Sy berusia 31thn…
Pada bulan Oct thn ne sy di sahkan hamil anak k2, ttp kguguran pada usia kandungan 5 minggu… darah keluar selama 6hari sama seperti tempoh period sy sblm ne… selepas berpatang selama 2 minggu & darah pn tdk lg keluar, sy bersama suami semula seperti biasa & sehingga la ke hari ini sy tdk period lg… sy tergerak hati ukt cek upt & upt teresbut double line yg sngt terang… sy pn pergila ke 2 klinik yg berlainan utk mendapat kpstian & kedua2 Dr. pn sah kn sy hamil…
Dr. pertama yg sy jumpa memaklumkan usia kandungan sy msk 5minggu tanpa scan (beliau kira usia kandungan start dari darah kguguran sy keluar & beliau pn tau yg sy baru keguguran)
Dr. kedua yg sy jumpa memaklumkan usia kandungan sy mungkin baru 2minggu disebab semasa scan beliau blm npk kantung… beliau jgk memaklumkan bahawa usia kandungan tdk blh d kira dari start darah kguguran keluar disebabkn itu bukan darah haid… beliau meminta sy dtg & membuat scan semula slps 2minggu utk mengesahkn usia & keadaan kandungan sy…
Persoalan sy skng ne, kenyatan Dr. yg mana 1 yg sy kena ikut utk sy tahu bila due date & usia kandungan sy yg sebenar??

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda/puan/tuan, kami tidak boleh mengulas tentang kandungan anda tanpa laporan kesihatan dan keputusan scan ultrasound yang telah anda jalani.
Usia kandungan yang paling tepat adalah berdasarkan ultrasonografi. Maka, anda disarankan untuk hadir ke klinik selepas 2 minggu bagi mengetahui usia kandungan anda dengan lebih tepat.
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor dengan kadar segera. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.