
atynolala
5 tahun
Mengandung tetapi period
Hai doktor, saya fatin berumur 24 tahun. Saya baru sahaja berkahwin pada 23/3/2019 iaitu sebulan yang lalu. Baru baru ini saya telah pergi ke klinik untuk membuat pemeriksaan gastrik kerana pada malam sebelumnya saya muntah teruk dan pada keesokkan harinya saya muntah muntah dan sakit perut. Ketika pemeriksaan, doktor di klinik menyuruh saya melakukan test pregnancy. Dan setelah membuat test tersebut saya didapati mengandung tetapi line masih kabur kerana masih di peringkat awal. Tetapi doktor, pada malam itu, saya dapati diri saya period. Macam mana perkara itu boleh berlaku ? Adakah doktor di klinik tersebut tersalah tafsir tentang keadaan diri saya ? Boleh doktor jelaskan. Terima kasih.

6 tahun
Selamat Sejahtera. Terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan doktor.
Antara sebab UPT negatif adalah:
- Anda mengandung tetapi hormon terlalu rendah untuk dikesan
- Kerosakan alat ujian kehamilan
- Salah cara penggunaan alat ujian kehamilan
Untuk kepastian, anda diminta mengulang UPT selepas seminggu.
Sila berbincang dengan doktor kami untuk mendapatkan untuk penjelasan yang lebih tepat. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor kami secara atas talian. Terima kasih