Sulit
4 tahun
Mengeletar dan gangguan haid
Saya wanita 20an.Saya sering mengeletar, gangguan haid serta gangguan tidur.Saya sering letih walaupun melakukan perkara kecil sehingga menyebabkan saya sakit kepala dan melepaskan kemarahan pada diri dan anak.Saya sentiasa rasa diri saya tidak berguna Saya ada menjawab soalan DASS untuk ketahui sama ada saya ada deperession atau axiety.Keputusan menunjukkan saya ada mengalami axiety.Saya telah menjawab soalan depression anxiety dan stress. Saya telah berbuat banyak kali result dia adalah sama iaitu depression 18, Anxiety 22 dan stress 16. Bila saya dapat keputusan tersebut saya beritahu suami saya namun suami saya kata saya tak faham soalan. Saya ada baca indikator anxiety dan depressiom…Ada simptom yang saya hadapi seperti hilang berat badan, gangguan haid yang sangat teruk, jadi seorang pelupa dan tidak dapat fokus akan sesuatu, lemah badan, sering letih bila melakukan sesuatu yang kecil, gangguan tidur malam. Untuk gangguan tidur sering berlaku sehingga saya sering minum ubat batuk dan makan penadol untuk saya mudah tidur. Saya juga pernah terpikir untuk membunuh diri terutama bila stress dan sangat letih.
Soalan saya:
Adakah keputusan DASS saya betul atau apa yang dikatakan suami saya yang saya tidak faham soalan?
Adakah saya perlu berjumpa doktor?
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih kerana menghubungi kami.
Pada masa ini anda mungkin tertekan dan fikiran anda sedang kusut buat masa ini. Kami sarankan anda untuk rehatkan diri anda dan tenangkan fikiran anda dahulu. Kami berharap anda tidak melakukan tindakan terburu-buru.
Berikut merupakan perkara yang anda boleh lakukan:
- Luahkan masalah anda kepada individu yang anda percaya
- Berbincang semula dengan isteri anda dan cuba selesaikan masalah yang anda sedang hadapi
- Meluangkan masa untuk berfikir sejenak
- Elakkan dari melakukan perkara yang boleh mendatangkan kecederaan dan mudarat kepada diri anda
Anda amat disarankan untuk bercakap dengan doktor kami secara atas talian bagi mendapatkan penerangan lebih lanjut mengenai masalah yang anda alami.
Alternatif lain adalah anda boleh menghubungi organisasi Befrienders atau menghubungi talian bantuan 24 jam Suicide helpline 0379568145 untuk meluahkan masalah anda secara peribadi dan mereka boleh bantu anda.
Kami berharap ini dapat membantu anda.
Terima kasih



























