
Sulit
5 tahun
Menggunakan econozine pada bayi g6pd
Hai doc…sy nk tanya… baby saya ade g6pd… boleh kah sy menggunakan krim econozine untuk sapu pada ruam susu ank saya? Terima kasih doc😊

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Untuk makluman pihak anda, econazine merupakan krim anti kulat yang mengandungi sedikit kandungan kortikosteroid. Setakat ini, tiada kontraindikasi penggunaan bahan ini bagi kanak-kanak atau dewasa yang menghidap masalah G6PD deficiency.
Namun begitu, mengenai ruam yang dihadapi oleh anak anda, sebaiknya anda rujuk terlebih dahulu gejala masalah kulit ini kepada doktor agar rawatan yang tepat dapat diberikan. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan secara percuma atau klik pada link (DoctorOnCallEpharma) untuk berhubung dengan farmasi kami.
Terima kasih.