
Sulit
5 tahun
Menghadapi kitaran haid yg konsisten tetapi flow tidak cantik
Salam Doc. Saya berusia 42. Kitaran haid adalah di antara 26-28 hari setiap bulan. Soalan saya:
kitaran haid sama, cuma haid hari pertama dn kedua sedikit (kadang2 hanya spot shj). Pd hari ketiga baru haid akan flow seperti biasa.
flow haid yg byk berlaku pd hari ketiga - kelima. hari keenam biasanya akan clear.
adakah ini tanda2 menopause?
bagaimana kiraan hari period pertama? adakah tetap pada hari pertama yg hanya keluar spot haid shj?
Terima kasih

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda/puan/tuan, masalah ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- Gaya hidup yang terlalu sibuk dan aktif
- Tekanan emosi
- Kekurangan berat badan atau berat badan berlebihan
- Masalah kalenjar tiroid atau pituitari
- Mengambil pil perancang kehamilan
- Masalah polycystic ovarian syndrome
- Masalah pada struktur rahim, ovari atau serviks
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor dengan kadar segera bagi mengelakkan masalah struktur yang berbahaya. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.