Sulit

3 tahun

Menghilangkan ketagih ketum dengan campuran air sting. Ada ke ubat yang boleh hilangkan ketagih ni. Tolong saya doktor. Saya stress dan bingung memikirkan sama ada masih ada peluang untuk dia berubah atau tidak

Macam mana nak ubat suami yang ketagih ketum. Suami saya pernah berhenti sekejap je tapi dia cakap sakit belakang. Doktor tolong bagi pandangan ubat apa yang patut saya dapatkan. Terima kasih.

Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.

Kami turut bersimpati dan mengambil serius dengan keadaan yang dialami oleh pihak suami cik. Namun jangan khuatir kerana anda tidak bersendirian dalam hal ini. Untuk makluman anda, gejala ketagihan merupakan salah satu dari gejala psikiatri yang sememangnya sangat memerlukan bantuan dari ahli keluarga dan tenaga pakar (perubatan).

Yang jelas disini air ketum tidak akan membantu dalam mengurangkan gejala sakit belakang, malah memicu kepada ketagihan dan keburukan air yang tidak sihat itu sendiri, antaranya:

  • Menyebabkan rasa khayal (euforia)
  • Rasa pening
  • Mengantuk
  • Muntah
  • Mengakibatkan ketagihan
  • Bibir dan kulit jadi kehitaman seperti kesan lebam dan terbakar terutama di pipi
  • Kulit menjadi kering
  • Sembelit
  • Insomnia (gangguan tidur)
  • Menyalahi undang-undang

Buat masa ini, anda haruslah berbincang dengan suami, atau ahli keluarga / kawan terdekat (yang dipercayai) sebagai sokongan emosi bersama dan agar sering mengingatkan si suami kepada keburukan air ketum. Anda juga boleh berhubung dengan organisasi kesihatan mental untuk menjalankan kaunseling keluarga jika tidak boleh melawat klinik psikiatri buat masa ini. Kami sangat menggalakkan suami anda untuk cuba kuatkan semangat dan menjauhi dari amalan yang tidak sihat itu.

Pengubatan dalam menanggani ketagihan memerlukan preskripsi dari doktor yang bertauliah, namun buat sementara waktu, kami menasihatkan suami anda untuk:

  • cerita keadaan sebenar dengan ahli keluarga yang tercinta atau kawan rapat
  • jauhi dari faktor yang memicu stres / tekanan / kerisauan & ketagihan
  • jauhi aktiviti yang boleh memudharatkan kesihatan & keselamatan diri apabila cuba menahan ketagihan
  • mendapat rehat / tidur yang secukupnya
  • percepatkan langkah untuk mendapat bantuan khusus dari tenaga kesihatan

Dapatkan rehat yang anda perlukan dengan tidur yang berkualiti.

Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan secara percuma. Terima kasih.

AdobeStock_223308475

Tahukah anda sistem imun juga memainkan peranan dalam keberkesanan vaksin?

Mencegah adalah lebih baik daripada mengubati. Adakah anda sedia untuk melawan jangkitan? Ketahui dalam 5 minit!

Forum Kesihatan

Terokai soalan berkaitan kesihatan.
Ejakulasi Pramatang (409) URTI (222) Mati Pucuk (763) Gonorea (146) Kulat di Faraj (293) Sakit Kepala (3143) Sifilis (247) Penyakit Kelamin (2391) Migrain (129) Chlamydia (27) Haid Tidak Teratur (5282) Pil Perancang Kecemasan (1258) Keputihan (1654) Demam (1404) Sesak Nafas (2099) Sakit Tekak (1403) Darah Tinggi (418) Penuaan (16) Keracunan Makanan (43) Badan Gemuk (87) Jerawat (414) Ketuat (150) Tonsil (210) Kurap (104) Kencing Manis (527) Pedih Ulu Hati (204) Herpes (207) Kandidiasis (16) Ekzema (30) Perancangan Keluarga (2550) Kehamilan (4990) HIV (859) Tiroid (420) Kolesterol Tinggi (145) Haid Lewat (4282) Haid Berlebihan (398) Sakit Badan (1493) Kurang Berat Badan (226) Haid Berpanjangan (1856) Kesihatan Am (4078) Insomnia (210) Hipotensi (49) Sinusitis (87) Buasir (523) HPV (93) Kutu (17) Haid Sakit (523) Strok (107) Hepatitis A (9) Hepatitis B (117) Hepatitis C (33) Penyakit Jantung (541) Psoriasis (39) Gallstone (9) Sakit Tumit (165) Cara Berhenti Merokok (104) ENT (2375) Kesihatan Seksual (5517) Sakit Dada (2572) Sakit Mata (880) Ujian Kehamilan (1396) Penyakit Kulit (3772) Najis Abnormal (664) Sakit Perut (3867) Sakit Lutut (402) Masalah Kencing (2283) Sakit Payudara (972) Kesihatan Kanak-Kanak (2437) Kesihatan Mental (2101) Gigi & Gusi (1162) Jangkitan Coronavirus (7011) Fibroid (64) Batuk (940) Sakit Telinga (220) Sakit Pinggang (562) Ubat-Ubatan (1652) Darah Nifas (68) Najis Berdarah (397) Keguguran (371) Selsema (152) Mual & Muntah (451) Kebas (614) Tidak Datang Haid (464) Asid Refluks (74) Gastrik (212) Sakit Belakang (494) Sakit Tulang (454) Sakit Otot (158) Pendarahan Coklat (390) Pendarahan Spotting (502) Lebam (20) Kesihatan Am Wanita (2082) Sakit Mulut (228) Derma Darah (52) Anemia (120) Sembelit (274) Kesihatan Rambut (264) Mulut Berbau (43) Dehidrasi (4) Tidur Berdengkur (23) Masalah Tidur (306) Cirit Birit (216) Masalah Peluh (210) Benjolan Di Kulit (882) Pitam (191) Ulser mulut (68) Selsema burung (8) Wabak bubonic (8) Pelindung muka (16) Kurang Selera Makan (132) Prosedur Perubatan (574) Makanan Tambahan (274) Pening Kepala (532) Trauma (32) Keputusan Siasatan (212) Penerangan Penyakit (525) Alahan (72) Masalah kesuburan (36) Bisul (160) Pencegahan Koronavirus (138) Kahak (248) Masalah Penglihatan (58) Asthma (38) Vitamin dan Nutrisi (231) Masalah Tangan Dan Kaki (1503) Sendawa (112) Masalah Buah Pinggang (150) Vaksin COVID-19 (1490) Ketinggian (56) Kesihatan Lelaki (742) Masalah saraf (56) Hematologi (36) Denyutan Nadi & Kesihatan Jantung (230) Hipoglisemia (2) Kesihatan Kulit (178) Hormon, Endokrin & Metabolisme Tubuh (12) Sakit Sendi (16) Apendiks (4) Penyakit Hati (8) Penerangan Vaksin (30) Resdung (4) Influenza (28) Ketumbuhan (14) Kecederaan (20) Kanser (48) Sakit Leher (116) Darah (116) Ketiak (40) Masalah Najis (12) HFMD (2) Paru - Paru (22) Hidung (12) Hempedu (10) Jahitan (28) Pembedahan (16) Penyusuan (16) Suntikan (14) Darah Putih (16) Bahu (6) Bibir (14) Autisme (4) Asid Folik (16) Pusat (2) Sawan (6) Melecur (2) Badan Berbau (2) Ruam (6) Muka (6) Tuberkulosis (2) Saringan kesihatan (2) Suplemen, Vitamin dan Mineral (2) Vaksin Denggi (50)