Sulit

3 tahun

Mengigil dan sakit dada susah bernafas

Saya wanita belum masuk 20an. Saya ada masalah mengigil sejak sekolah ada masa saya demam dan sakit perut serta menganggu penulisan saya ketika exam. Saya pernah berjumpa doc banyak kali dan dr ramal ada penyakit lain tapi bila check tak ada (byk kali terjadi). Saya berhenti checkup sebab sambung belajar. Semasa saya kerja sebelum masuk belajar juga saya pernah mengigil dan sesak nafas tapi extra kebas lepas bau asap rokok sebab saya pernah kena asma semasa kecil jadi dr cuma bagi gas dan pam. Tapi bila saya sambung study mengigil tu menganggu saya punya penulisan ketika menjawab test dan dada saya terasa sakit macam ditekan kadang kadang dan rasa susah nak bernafas rasa macam nak pitam pon ada. Tapi ketika itu MA yang check saya dia kata saya tak asma sebab dia check oksigen saya ada dan kata saya kena hyperventilation. Tapi setiap kali pergi klinik dr mesti bagi gas. Saya selalu mengigil yg ketara termasuk suara saya pon getar kalau ada presentation walaupun saya cuba kawal dah dan saya juga kadang rasa nak demam dan sakit perut. Sekarang saya belajar online walaupun tak perlu buka camera dan suara saya mengigil juga tanpa sebab dan sakit dada rasa susah bernafas dan yang paling teruk menganggu saya menjawab test jadi saya lambat submit dan saya berharap markah saya tak kena potong :pensive:

Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.

Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi.

Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda, terdapatlah kemungkinan anda mempunyai penyakit stress keterlaluan jika tiba musim peperiksaan. Anda tidak perlu berasa malu dengan gejala anda kerana masalah psikiatri ini telah diberi kepentingan dalam dunia perubatan sekarang. Terdapatlah klinik psikiatri dalam setiap hospital, doktor-doktor akan memahami kesukaran anda dan memberi nasihat atau rawatan yang paling sesuai.

Oleh itu, kami sarankan anda berbuat demikian bagi menangani gejala stres dan gangguan emosi anda iaitu:

  • Luahkan perasaan dengan segelintir keluarga atau rakan yang memahami. Lebihkan luahan masa dengan mereka bagi mendapatkan aura yang positif dari mereka yang sedia untuk menjadi peneman.
  • Lebihkan senaman atau melakukan aktivti sukan. Ia membantu membina keyakinan diri secara langsung.
  • Kawal emosi dengan melakukan hobi yang baharu dan menarik perhatian anda bagi memberi tumpuan dan matlamat baharu bagi anda daripada melayan karenah stres dan kemurungan.
  • Amalkan kepercayaan masing-masing bagi membina kerohanian diri demi keyakinan yang diinginkan.
  • Dapatkan nasihat atau kounseling daripada pihak kounseling serta pakar yang berdekatan.
  • Elakkan perkara-perkara yang negatif yang boleh mengganggu emosi anda serta perkara yang boleh menghancurkan masa depan anda.

Dapatkan rehat yang anda perlukan dengan tidur yang berkualiti.

Kami juga ingin menasihati anda agar untuk sentiasa berkeyakinan diri dan selalu berfikiran positif dalam menangani masalah anda, serta sentiasa mengambil kesempatan peluang atas perkara yang boleh mengubah hidup anda ke arah kejayaan. Seharusnya anda juga boleh berjumpa dengan pihak kounseling bagi mendapatkan nasihat yang diperlukan untuk anda. Anda juga boleh berjumpa dengan doktor yang berdekatan bagi mendapatkan ubat-ubatan mengawal gejala stress sekiranya perkara ini berlarutan.

Jika anda mempunyai sebarang pertanyaan tambahan, anda boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Sekiranya anda mengalami kecederungan untuk membahayakan orang sekeliling atau diri sendiri, anda boleh klik pada laman web ini atau anda boleh menghubungi talian bantuan 24 jam Suicide helpline 60379568145 dengan kadar yang segera.

Terima kasih.

brain-damage-from-drugs

Tahukah anda sistem imun juga memainkan peranan dalam keberkesanan vaksin?

Mencegah adalah lebih baik daripada mengubati. Adakah anda sedia untuk melawan jangkitan? Ketahui dalam 5 minit!

Forum Kesihatan

Terokai soalan berkaitan kesihatan.
Ejakulasi Pramatang (409) URTI (222) Mati Pucuk (763) Gonorea (146) Kulat di Faraj (293) Sakit Kepala (3143) Sifilis (247) Penyakit Kelamin (2391) Migrain (129) Chlamydia (27) Haid Tidak Teratur (5282) Pil Perancang Kecemasan (1258) Keputihan (1654) Demam (1404) Sesak Nafas (2099) Sakit Tekak (1403) Darah Tinggi (418) Penuaan (16) Keracunan Makanan (43) Badan Gemuk (87) Jerawat (414) Ketuat (150) Tonsil (210) Kurap (104) Kencing Manis (527) Pedih Ulu Hati (204) Herpes (207) Kandidiasis (16) Ekzema (30) Perancangan Keluarga (2550) Kehamilan (4990) HIV (859) Tiroid (420) Kolesterol Tinggi (145) Haid Lewat (4282) Haid Berlebihan (398) Sakit Badan (1493) Kurang Berat Badan (226) Haid Berpanjangan (1856) Kesihatan Am (4078) Insomnia (210) Hipotensi (49) Sinusitis (87) Buasir (523) HPV (93) Kutu (17) Haid Sakit (523) Strok (107) Hepatitis A (9) Hepatitis B (117) Hepatitis C (33) Penyakit Jantung (541) Psoriasis (39) Gallstone (9) Sakit Tumit (165) Cara Berhenti Merokok (104) ENT (2375) Kesihatan Seksual (5517) Sakit Dada (2572) Sakit Mata (880) Ujian Kehamilan (1396) Penyakit Kulit (3772) Najis Abnormal (664) Sakit Perut (3867) Sakit Lutut (402) Masalah Kencing (2283) Sakit Payudara (972) Kesihatan Kanak-Kanak (2437) Kesihatan Mental (2101) Gigi & Gusi (1162) Jangkitan Coronavirus (7011) Fibroid (64) Batuk (940) Sakit Telinga (220) Sakit Pinggang (562) Ubat-Ubatan (1652) Darah Nifas (68) Najis Berdarah (397) Keguguran (371) Selsema (152) Mual & Muntah (451) Kebas (614) Tidak Datang Haid (464) Asid Refluks (74) Gastrik (212) Sakit Belakang (494) Sakit Tulang (454) Sakit Otot (158) Pendarahan Coklat (390) Pendarahan Spotting (502) Lebam (20) Kesihatan Am Wanita (2082) Sakit Mulut (228) Derma Darah (52) Anemia (120) Sembelit (274) Kesihatan Rambut (264) Mulut Berbau (43) Dehidrasi (4) Tidur Berdengkur (23) Masalah Tidur (306) Cirit Birit (216) Masalah Peluh (210) Benjolan Di Kulit (882) Pitam (191) Ulser mulut (68) Selsema burung (8) Wabak bubonic (8) Pelindung muka (16) Kurang Selera Makan (132) Prosedur Perubatan (574) Makanan Tambahan (274) Pening Kepala (532) Trauma (32) Keputusan Siasatan (212) Penerangan Penyakit (525) Alahan (72) Masalah kesuburan (36) Bisul (160) Pencegahan Koronavirus (138) Kahak (248) Masalah Penglihatan (58) Asthma (38) Vitamin dan Nutrisi (231) Masalah Tangan Dan Kaki (1503) Sendawa (112) Masalah Buah Pinggang (150) Vaksin COVID-19 (1490) Ketinggian (56) Kesihatan Lelaki (742) Masalah saraf (56) Hematologi (36) Denyutan Nadi & Kesihatan Jantung (230) Hipoglisemia (2) Kesihatan Kulit (178) Hormon, Endokrin & Metabolisme Tubuh (12) Sakit Sendi (16) Apendiks (4) Penyakit Hati (8) Penerangan Vaksin (30) Resdung (4) Influenza (28) Ketumbuhan (14) Kecederaan (20) Kanser (48) Sakit Leher (116) Darah (116) Ketiak (40) Masalah Najis (12) HFMD (2) Paru - Paru (22) Hidung (12) Hempedu (10) Jahitan (28) Pembedahan (16) Penyusuan (16) Suntikan (14) Darah Putih (16) Bahu (6) Bibir (14) Autisme (4) Asid Folik (16) Pusat (2) Sawan (6) Melecur (2) Badan Berbau (2) Ruam (6) Muka (6) Tuberkulosis (2) Saringan kesihatan (2) Suplemen, Vitamin dan Mineral (2) Vaksin Denggi (50)