deqhaiku
4 tahun
Mengurut selepas pembedahan ektopik
Salam Sejahtera,
saya ingin bertanya bolehkah mengurut selepas membuat pembedahan laparoscopy ektopik?
adakah berbahaya jika berurut dan memberi kesan sampingan di area pembedahan seperti di area tiub fallopio kiri saya yang telah dibuang?
terima kasih.
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan doktor.
Berkenaan dengan masalah yang anda hadapi, gejala yang anda nyatakan/keterangan yang anda berikan adalah kurang jelas. Terdapat beberapa soalan yang harus kami tanyakan bagi mendapatkan maklumat lanjut seperti berapa lama sudah buat pembedahan, adakah sakit di bahagian tersebut dan sebagainya sebelum kesimpulan tentang masalah yang anda hadapi boleh dibuat.
Untuk membuat kesimpulan tentang punca masalah yang anda hadapi dan mendapatkan rawatan yang sesuai, sila rujuk kepada kami secara peribadi melalui atas talian. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami. Terima kasih