
Sulit
5 tahun
Meningkatkan tahap kesihatan
Salam, saya Wanita bujang berumur 26 tahun ingin mendapatkan nasihat untuk meningkatkan tahap kesihatan. Saya telah mendapat HPV vaksinasi semasa berumur 19 tahun juga telah menjalani ujian kesihatan setahun sekali daripada 2 tahun lepas. Bersyukur tiada apa apa masalah. Adakah vaksin atau apa apa protection yang doctor boleh sarankan untuk saya ambil ? Saya ada diberitahu mengenai vaksin hepatatis B oleh doctor yang memberikan konsultation selepas ujian kesihatan tahunan saya. Adakah itu perlu ? Bukankah vaksin tersebut telah diberikan kepada semua semasa dilahirkan ?

5 tahun
alam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman anda terdapat booster dose vaksin Hep B untuk golongan dewasa. Namun begitu, untuk mendapatkan kepastian untuk keperluan anda, doktor akan menjalankan ujian darah untuk memeriksa jika tahap perlindungan terhadap hepatitis B anda masih tinggi. Booster dose akan diberi jika tahap perlindungan rendah.
Anda juga mempunyai pilihan untuk mendapatkan booster dose tersebut atau tidak selepas 18 tahun dan ke atas. Namun begitu, terdapat golongan yang wajib mendapatkan suntikan booster dose. Sila lawat link ini untuk maklumat lanjut.
Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan secara percuma. Terima kasih.