
Sulit
5 tahun
Menpunyai ketulan di payudara
Sy wanita dan seorang ibu yg berusia 30 tahun disember nanti baru 30 tahun…sy fully bf bby yg sekarang sudah 1 tahun 1 bulan mlm semalam sy perasan ade 1 ketula di payudara sebelah kiri hanya 1 ketulan dan boleh begerak dan ianya x sakit lebih kurang sebesar guli berbentuk agak lonjong…ank bf seperti biasa di kedua belah payudara n x de menunjukn yg die x nak bf di sebelah kiri…sy dah ke klinik pagi tadi n dapat surat untuk bt ultrasoun temujanji telah dibuat pada awal bulan 3 nanti…untuk itu nk tanye boleh ke sy bt ultrasoun di klinik swasta biasa seperti scan bby n ape kah tanda ketulan 2

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Ya, boleh saja. Memandangkan mesin yang digunakan adalah sama, justeru, silakan kemana-mana klinik yang menyediakan perkhidmatan tersebut. Akan tetapi, harus diingatkan bahawa biasanya klinik akan merujuk anda kepada doktor pakar radiologi untuk melihat keadaan payudara anda. Sementara kalau di klinik swasta ultrasound bayi, pemeriksaan dilakukan oleh doktor pakar wanita ataupun doktor umum biasa. Justeru, ia adalah tergantung kepada keputusan anda mengenai hal ini.
Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.