
Sulit
4 tahun
Mental health. masalah kesihatan mental
saya seorang wanita dalam 20 an. saya mempunyai masalah suicide thought yang agak kuat kerana saya hampir melakukannya dan juga berat saya hanya 34 kg dan saya takut untuk menaikan berat badan. saya ingin bertanya bagaimana saya ingin mencari batuan atau langkah2 ? tetapi saya takut untuk memberi tahu keluarga. Kerana saya lihat keluarga harus terlibat didalam proses kaunseling.saya juga ingin bertanya harga kerana saya seorang pelajar. Terima Kasih.

4 tahun
Hai, terima kasih kerana menghubungi kami untuk bertanyakan masalah anda. Saya fahami kebimbangan anda pada masa ini tentang permasalahan yang dialami.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, pelbagai perkara boleh menyebabkan kondisi sebegini berlaku seperti:
- Tekanan emosi
- Kemurungan
- Keresahan
- Masalah gangguan hormon
- Kurang rehat
Saya menasihatkan anda untuk berjumpa dengan doktor bagi mendapatkan pemeriksaan dan rawatan lanjut kerana perkara ini perlu diperiksa oleh doktor pakar.
Elakkan diri anda daripada mencederakan diri sendiri. Sekiranya anda rasa untuk bunuh diri, fikirlah berkali-kali kerana keputusan sebegini sangatlah tidak patut diambil. Sila hubungi talian organisasi Befrienders atau menghubungi talian bantuan 24 jam Suicide helpline 0379568145 untuk meluahkan masalah anda secara peribadi dan mereka boleh bantu anda.
Dapatkan rehat yang anda perlukan dengan tidur yang berkualiti.
Buat masa sekarang, anda boleh alihkan perhatian anda dan lakukan perkara berikut:
- Luahkan masalah anda kepada individu yang anda percaya
- Berbincang semula dengan keluarga anda dan cuba selesaikan masalah yang anda sedang hadapi
- Meluangkan masa untuk berfikir sejenak
- Elakkan dari melakukan perkara yang boleh mendatangkan kecederaan dan mudarat kepada diri anda
Untuk mengetahui lebih mendalam tentang kondisi yang anda sedang alami, anda juga boleh mendapatkan konsultasi dengan doktor kami di ( DoctorOnCall ) secara peribadi. Terima kasih.