
Sulit
4 tahun
Mental illness dan sering berasa takut dengan masa lalu serta seolah olah gagal dalam semua aspek
Saya berumur 21 tahun, saya hendak mengenal pasti sama ada perkara yang saya alami ini perkara biasa untuk remaja yang berusia lingkungan awal 20an seperti saya atau saya mengalami masalah mental tanpa saya sedari. Saya seorang yang cepat mengalami perubahan emosi. Saya sering berasa sedih secara tiba tiba walaupun tiada satu sebab pun yang telah membuatkan saya sedih. Saya selalu takut akan hari hari yang akan mendatang. Saya pernah mengalami putus cinta dalam masa beberapa bulan kemudian saya berhubung kembali dan hubungan itu semakin baik. Tpi saya masih rasa takut untuk jalani masa hadapan disebabkan masa lalu. Saya juga kerap fikir sesuatu perkara yang belum terjadi dan berfikiran negatif sehingga saya tiada selera untuk makan. Saya sering menangis sendiri dan seolah olah merasakan tiada lagi kegembiraan buat saya. Saya hilang fokus di dalam kelas. Saya juga tidak tahu untuk mengembirakan diri. Saya juga gemar menjaga perasaan orang lain sehingga saya berasa tertekan. Melalui perkongsian ini, bolehkah dr mengesan apa sebenarnya yang saya alami.adakah ini boleh dikategorikan sebagai penyakit mental atau bukan?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih kerana menghubungi kami.
Kami faham masalah yang anda alami. Berdasarkan soalan dan kenyataan anda, sukar untuk kami katakan sama ada anda mempunyai masalah mental ataupun tidak berikutan lebih banyak maklumat diperlukan dan anda perlu membuat pemeriksaan bersama dengan doktor.
Terdapat beberapa punca yang menyebabkan anda mempunyai masalah sedemikiann:
- Psikologi:
- Trauma dengan masa lalu
- Kemurungan (depression)
- Keresahan (anxiety)
- Masalah personaliti
- Penyakit bipolar
- Rehat yang tidak mencukupi
- Perubatan:
- Masalah tiroid
Dapatkan rehat yang anda perlukan dengan tidur yang berkualiti.
Ia juga boleh disebabkan oleh perkara lain yang tidak kami sebutkan di atas. Pemeriksaan lanjut oleh doktor adalah diperlukan supaya punca masalah anda dapat diketahui dan rawatan dan bantuan dapat diberikan kepada anda.
Pada masa ini, anda boleh lakukan beberapa perkara berikut:
- Menceritakan masalah anda kepada orang yang anda percaya
- Melakukan aktiviti yang boleh mengalihkan perhatian anda daripada berfikiran negatif
- Mengamalkan gaya hidup sihat
- Mendapatkan rehat yang cukup
Sekiranya perkara ini berlarutan dan ia mengganggu aktiviti dan kesihatan mental anda, kami sarankan anda untuk berjumpa dengan doktor.
Ini hanyalah keterangan kami secara am mengenai masalah yang anda alami. Jika anda mempunyai soalan lanjut, sila hubungi kami di (DoctorOnCall) untuk mendapatkan khidmat nasihat daripada doktor kami mengenai masalah yang anda alami. Terima kasih.