
Sulit
5 tahun
Mental, Masalah jiwa
Saya wanita Dalam 20an… Soalan bagaimana dapat kita mengenalpasti bahawa rakan sebilik mengalami Masalah mental… Ciri² yang ditunjukan
1- Lekas marah hingga menghancurkan barang
2- Lepas berlaku amukan dalam 10min Dia ceria seperti tiada apa yang berlaku
3- bila berhadapan dengan haiwan selalu mendera Dan sanggup Bunuh Walaupun Anak kucing
4-kuat sangat merokok Dan pernah minum arak 6hari berturut tanpa Henti
5-pernah mengambil dadah sejenis serbuk kaca yg dibakar disedut asapnya
6- tidak boleh tidur Malam kerana menyatakan bahawa Ada yang sedang memerhati

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman anda, perubahan emosi yang mendadak serta kurang fokus boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- akibat stres
- akibat masalah psikiatri
- anemia
- tekanan darah rendah
- tumor otak
Memandangkan gejala ini telah berlangsung sejak sekian lamanya, dan dapat menganggu rutin harian anda, sebaiknya anda mendapatkan perawatan untuk masalah ini. Bagaimanapun, untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.