Sulit
3 tahun
Menunggu swab test covid 19
Hai doktor, sorry nak tanya saya ada buat swab test covid 19. Sekarang saya kuarantin tapi sudah 4 hari tidak dapat result lagi. Saya menunggu hospital telefon.
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Hai, selamat sejahtera.Terima kasih kerana mengajukan soalan ini kepada pihak kami.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor.
Saya nasihatkan anda untuk terus berada dirumah bagi mematuhi arahan kuarantin yang telah diarahkan oleh pihak kementerian. Anda perlu kuarantin sendiri selama 14 hari, bagi memastikan diri anda berada dalam keadaan bebas daripada virus.
Untuk mengetahui keputusan Swab Test, anda perlu menghubungi pihak hospital. Untuk makluman anda, bilangan pesakit covid pada waktu ini sangat tinggi. Justeru fasiliti kesihatan kerajaan berada dalam keadaan sibuk. Terima Kasih
Sila layari https://covid-19.moh.gov.my/ untuk maklumat terkini dan garis panduan tentang COVID-19 dan Vaksinasi COVID-19
Untuk Membuat Janji Temu Vaksinasi COVID-19 Di Klinik Swasta, Klik Di Sini
Untuk Menempah Ujian PCR/Ujian RTK COVID-19, Klik Di Sini