
Sulit
4 tahun
Merah dan ulser dalam tekak
saya berumur 26thun,perempuan. saya sering sakit tekak dan ada biji merah dan putih seperti ulser dalam tekak saya. bawah lidah saja juga terdapat satu gelembung air. kecut dan melembung. mmbuatkan saya rasa tdak selesa

4 tahun
Hi, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda, berkemungkinan masalah yang anda hadapi adalah tonsilitis atau injected pharynx. Masalah ini boleh disebabkan oleh banya perkara. Antaranya:
- Jangkitan bakteria/virus
- Tekak luka akibat batuk
- Tekak tercedera akibat makanan keras atau tajam
- Terlalu banyak menjerit atau bercakap
- Kurang minum air
Dirumah, anda disarankan:
- berkumur dengan air garam bagi menghilangkan keradangan’
- minum air dengan mencukupi
Akan tetapi, jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat dan seterusnya mendapatkan rawatan yang sesuai, maklumat lanjut serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor.
Anda juga boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan atau klik pada link ini (DoctorOnCallEPharma) untuk berhubung dengan farmasi kami. Terima kasih.