Sulit

2 tahun

Merancang hamil dalam masa terdekat

Sy 21 tahun . Anak sorang 2 tahun lebih . ada tak tips utk mudah lekat atau utk tau masa subur ? Sbb sy teringin sangat nak anak lagi . sy sekarang tengah amalkan susu anmum materna

Dr Ramzdhan,

2 tahun

Salam sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada kami

Melalui penerangan anda, saya memahami kebimbangan anda dalam hal ini. Untuk pengetahuan anda, terdapat cara untuk mengetahui waktu subur. Anda boleh melakukan ujian OPK ( Ovulation Predictor Kits ) yang berfungsi untuk memantau hormon yang mendorong ovulasi iaitu Lutenizing Hormone dimana kandungan hormon tersebut akan tinggi dalam badan ketika berovulasi.

Namun, anda juga boleh mengenalpasti masa subur anda dengan menghitungnya berdasarkan kitaran haid anda. Cara-caranya adalah seperti berikut:

Cara menghitung waktu subur wanita apabila kitaran haid biasa:

  • Secara umum, kitaran haid yang normal dan biasa ialah setiap 28 - 30 hari. Hari pertama anda datang haid dikira sebagai hari pertama. Sekiranya haid seterusnya datang pada hari ke-28, maka anda mempunyai kitaran haid biasa setiap 28 hari.
  • Waktu subur wanita dengan kitaran haid 28 hari ialah hari ke-13 hingga hari ke-15 dari hari pertama anda datang haid.
  • Contohnya, jika anda datang haid pada 1 Januari, maka waktu subur anda adalah 13 Januari hingga 15 Januari.

Pasangan yang ingin menimang cahaya mata, bolehlah lebih kerap melakukan seks pada tarikh-tarikh tersebut. Sebaliknya, jika anda tidak ingin hamil, elakkan dari hubungan seks dalam tempoh ini.

Cara menghitung waktu subur wanita apabila kitaran haid tidak teratur:

  • Catatkan tempoh kitaran haid anda untuk 6 bulan. Misalnya, dalam bulan Januari kitaran haid anda adalah 25 hari, Februari: 28 hari, Mac: 30 hari, dan seterusnya hingga 6 bulan.
  • Perhatikan bilangan hari kitaran terpanjang dan kitaran terpendek
  • Jika kitaran terpanjang adalah 35 hari, tolak 11 dari 35 hari, hasilnya ialah 24.
    Sekiranya kitaran terpendek adalah 25 hari, tolak 18 dari 25 hari, hasilnya ialah 7
  • Maka anggaran waktu subur wanita adalah hari ke-7 hingga hari ke-24 selepas hari pertama datang haid pada setiap bulan.

Selain menghitung secara manual , kini terdapat juga kalendar kehamilan atau app yang membolehkan anda untuk mengira waktu subur wanita dengan mudah.

Jalani aktiviti seharian anda dengan sihat dan bertenaga.

Namun begitu ini hanyalah penerangan am dalam hal ini, saya nasihatkan anda untuk berjumpa dengan doktor untuk mendapatkan kesimpulan lebih lanjut. Anda juga boleh klik di link (DoctorOnCall) untuk berhubung dengan doktor kami secara peribadi untuk nasihat dan maklumat lebih lanjut daripada pakar. Terima kasih.

darah-haid-sedikit-light-period

Tahukah anda sistem imun juga memainkan peranan dalam keberkesanan vaksin?

Mencegah adalah lebih baik daripada mengubati. Adakah anda sedia untuk melawan jangkitan? Ketahui dalam 5 minit!

Forum Kesihatan

Terokai soalan berkaitan kesihatan.
Ejakulasi Pramatang (409) URTI (222) Mati Pucuk (763) Gonorea (146) Kulat di Faraj (293) Sakit Kepala (3143) Sifilis (247) Penyakit Kelamin (2391) Migrain (129) Chlamydia (27) Haid Tidak Teratur (5282) Pil Perancang Kecemasan (1258) Keputihan (1654) Demam (1404) Sesak Nafas (2099) Sakit Tekak (1403) Darah Tinggi (418) Penuaan (16) Keracunan Makanan (43) Badan Gemuk (87) Jerawat (414) Ketuat (150) Tonsil (210) Kurap (104) Kencing Manis (527) Pedih Ulu Hati (204) Herpes (207) Kandidiasis (16) Ekzema (30) Perancangan Keluarga (2550) Kehamilan (4990) HIV (859) Tiroid (420) Kolesterol Tinggi (145) Haid Lewat (4282) Haid Berlebihan (398) Sakit Badan (1493) Kurang Berat Badan (226) Haid Berpanjangan (1856) Kesihatan Am (4078) Insomnia (210) Hipotensi (49) Sinusitis (87) Buasir (523) HPV (93) Kutu (17) Haid Sakit (523) Strok (107) Hepatitis A (9) Hepatitis B (117) Hepatitis C (33) Penyakit Jantung (541) Psoriasis (39) Gallstone (9) Sakit Tumit (165) Cara Berhenti Merokok (104) ENT (2375) Kesihatan Seksual (5517) Sakit Dada (2572) Sakit Mata (880) Ujian Kehamilan (1396) Penyakit Kulit (3772) Najis Abnormal (664) Sakit Perut (3867) Sakit Lutut (402) Masalah Kencing (2283) Sakit Payudara (972) Kesihatan Kanak-Kanak (2437) Kesihatan Mental (2101) Gigi & Gusi (1162) Jangkitan Coronavirus (7011) Fibroid (64) Batuk (940) Sakit Telinga (220) Sakit Pinggang (562) Ubat-Ubatan (1652) Darah Nifas (68) Najis Berdarah (397) Keguguran (371) Selsema (152) Mual & Muntah (451) Kebas (614) Tidak Datang Haid (464) Asid Refluks (74) Gastrik (212) Sakit Belakang (494) Sakit Tulang (454) Sakit Otot (158) Pendarahan Coklat (390) Pendarahan Spotting (502) Lebam (20) Kesihatan Am Wanita (2082) Sakit Mulut (228) Derma Darah (52) Anemia (120) Sembelit (274) Kesihatan Rambut (264) Mulut Berbau (43) Dehidrasi (4) Tidur Berdengkur (23) Masalah Tidur (306) Cirit Birit (216) Masalah Peluh (210) Benjolan Di Kulit (882) Pitam (191) Ulser mulut (68) Selsema burung (8) Wabak bubonic (8) Pelindung muka (16) Kurang Selera Makan (132) Prosedur Perubatan (574) Makanan Tambahan (274) Pening Kepala (532) Trauma (32) Keputusan Siasatan (212) Penerangan Penyakit (525) Alahan (72) Masalah kesuburan (36) Bisul (160) Pencegahan Koronavirus (138) Kahak (248) Masalah Penglihatan (58) Asthma (38) Vitamin dan Nutrisi (231) Masalah Tangan Dan Kaki (1503) Sendawa (112) Masalah Buah Pinggang (150) Vaksin COVID-19 (1490) Ketinggian (56) Kesihatan Lelaki (742) Masalah saraf (56) Hematologi (36) Denyutan Nadi & Kesihatan Jantung (230) Hipoglisemia (2) Kesihatan Kulit (178) Hormon, Endokrin & Metabolisme Tubuh (12) Sakit Sendi (16) Apendiks (4) Penyakit Hati (8) Penerangan Vaksin (30) Resdung (4) Influenza (28) Ketumbuhan (14) Kecederaan (20) Kanser (48) Sakit Leher (116) Darah (116) Ketiak (40) Masalah Najis (12) HFMD (2) Paru - Paru (22) Hidung (12) Hempedu (10) Jahitan (28) Pembedahan (16) Penyusuan (16) Suntikan (14) Darah Putih (16) Bahu (6) Bibir (14) Autisme (4) Asid Folik (16) Pusat (2) Sawan (6) Melecur (2) Badan Berbau (2) Ruam (6) Muka (6) Tuberkulosis (2) Saringan kesihatan (2) Suplemen, Vitamin dan Mineral (2) Vaksin Denggi (31)