
Sulit
4 tahun
Merasakan sakit di bahagian bawah perut. Lewat haid 21 hari. Muntah- muntah. Sejuk dari tangan dan kaki hingga ke dada
Saya ada la seorang gadis 16 tahun. Gejala ini di alami oleh adik perempuan sya berumur 15 tahun. Dia mengalami rasa sakit di bawah perut. Dia masih seorang pelajar dan belum berkhawin. Dia sudah lewat datang haid selama 21 hari. Antara gejala lain yang dia hadapi ialah muntah- muntah. Hilang selera makan dan tangan serta kakinya sejuk sampai ke dada terasa. Selalunya adik saya akan mengalami gejala ini pada waktu pagi sampai petang, pada waktu malam jarang berlaku dan sakit berterusan sehingga 30 minit tanpa henti kemudian berhenti sekejap dan sakit semula.

4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi oleh adik anda iaitu tidak datang haid sejak tiga minggu. Untuk pengetahuan anda terdapat beberapa punca yang boleh menyebabkan kitaran haid adik anda terganggu atau berhenti.
- Kehamilan
- Tekanan emosi
- Kehilangan berat badan
- Terlampau banyak bersenam
- Menggunakan pil kontraseptif atau pil perancang
- Menopaus
- Polycystic Ovary Syndrome (PCOS)
Haid boleh juga lewat sebagai kesan penyakit seperti penyakit jantung, diabetes yang tidak terkawal, masalah kelenjar tiroid dan menopaus yang terlalu awal.
Tempuhi waktu datang bulan anda dengan selesa.
Sebaiknya adik anda memeriksakan diri ke doktor seandainya anda mengalami perdarahan tidak berhenti, terdapat sakit, letih dan sebagainya kerana dikhuatiri terjadi kehilangan darah yang banyak sampai membahayakan.
Untuk makluman anda, masalah yang adik anda hadapi ini mungkin berkait antara satu sama lain ataupun tidak. Namun, terdapat beberapa perkara yang boleh dijelaskan yang berkait dengan masalah sakit perut iaitu:
- Masalah pada ovari seperti penyakit sista ovari (PCOS) yang boleh menyebabkan haid yang tidak teratur serta sakit yang diperihalkan di atas.
- Masalah salur buah pinggang sama ada batu karang, keradangan, atau jangkitan kuman yang boleh menggangu pembuangan air kecil.
- Ketegangan otot perut yang boleh disebabkan oleh kecederaan atau keletihan.
- Masalah usus seperti keradangan (IBD), ketumbuhan ruang angin pada dinding ( Diverticulosis ), tersumbat dan juga kanser usus.
- Ketumbuhan tisu rahim pada luar organ rahim ( Endometriosis )
- Penyakit keradangan pada ruangan pelvis (PID) yang boleh disebabkan oleh jangkitan STD ( Sexual transmitted disease ) ataupun jangkitan UTI ( Urinary tract infections )
- Masalah buah pinggang seperti rosak atau keradangan.
Jika anda mempunyai keraguan, kami nasihatkan anda untuk berjumpa dengan doktor untuk mendapatkan kesimpulan yang lebih tepat. Anda juga boleh klik link ( DoctorOnCall ) untuk berhubung dengan doktor kami secara peribadi. Terima kasih
Anda risau tentang haid lewat? Pakar sakit puan (Gynaecologist) boleh membantu!