
Sulit
4 tahun
Merasakan sesuatu di kerongkong
Saya wanita berumur 22 Tahun, saya rasa kurang selesa kerana kerap merasakan sesuatu yang tersekat di kerongkong saya. Walaupun saya berulang kali meminum air suam namun rasa sekatan di kerongkong itu masih terasa . Rasa kurang selesa atas kesekatan sesuatu di kerongkong saya di alami setiap hari. Kekadang saya sampai termuntah akibat sukar bernafas dan kurang selesa atas faktor kerongkong saya yang rasa tersumbat . Apakah yang perlu saya lakukan ? Adakah perlu buat rawatan ke hospital kerajaan dengan kadar segera ataupun ada cara lain untuk mengatasi masalah tersebut? Terima kasih

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Selamat sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada pihak kami.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor.
Kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang anda hadapi iaitu rasa tidak selesa pada kerongkong. Untuk makluman anda, masalah ini boleh disebabkan oleh beberapa perkara, antaranya ialah:
- Jangkitan kuman
- Radang tonsil
- Kecederaan pada tekak akibat batuk
- Bendasing ( foreign body ) di dalam rongga pernafasan
- Radang laring dan faring ( laryngitis dan pharingitis )
- Jangkitan saluran pernafasan ( respiratory tract infection )
Dapatkan kelegaan sakit tekak dan lalui hari anda dengan ceria.
Sememangnya keadaan ini amat tidak menyelesakan, anda boleh melegakan ketidakselesaan kerongkong dengan cara:
- Gargle dengan air garam suam
- Minum air suam
- Minum air lemon dan madu
- Menghisap lozenge
Namun, jika masalah ini tetap berlarutan dan mengganggu aktiviti anda, anda amat disarankan untuk merujuk perkara ini lebih lanjut secara langsung kepada doktor. Hal ini kerana maklumat dan pemeriksaan teliti adalah diperlukan sebelum sebarang kesimpulan boleh dibuat. Jika anda mempunyai pertanyaan tambahan, anda juga boleh klik link ( DoctorOnCall ) untuk berhubung dengan doktor pakar kami secara peribadi. Terima kasih
Pakar sakit telinga, hidung dan tekak boleh membantu untuk mengenal pasti masalah anda.