
Sulit
5 tahun
Metformin dan new obimin
Hello doc. Sy wanita. Berumur 29y. Now sy pregnant 4w. Sy diabetics patient. On insulin & metformin. Sy belum buat buku. Sy ada beli new obimin di farmasi. Ada apa2 kesan jika mkn metformin dgn obimin? Tq doc

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, saya sarankan untuk anda membuat buku untuk kehamilan terlebih dahulu. Hal ini kerana pemeriksaan harus dijalankan ke atas anda serta bayi.
Selain itu, saya tidak boleh membuat kesimpulan ama ada boleh untuk anda mengambil ubat metformin dengan obimin sekali kerana maklumat lanjt adalah diperlukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Untuk mengetahui maklumat lanjut, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor.
Anda juga boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan atau klik pada link ini (DoctorOnCallEPharma) untuk berhubung dengan farmasi kami. Terima kasih.