
Anonymous
5 tahun
Migrain dan pening kepala
Saya remaja perempuan berumur 23 tahun dan kerap pening kepala, rasa nak pitam, pening setiap hari, migrain. Mata sedikit kekuningan.

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, gejala sakit kepala serta mata kekuningan boleh disebabkan:
- Migrain
- Penyakit Wilson
- Penyakit hati - seperti hepatitis, auto-imun
- Thalasemia ataupun sel darah pecah - boleh menyebabkan kekuningan serta kepeningan
Untuk mengatasi masalah ini, punca masalah tersebut haruslah diketahui. Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dapat dibuat. Anda boleh berjumpa dengan doktor anda ataupun klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.